suria

Teruja nak nampak ‘real’ bawa watak aksi... Aniq Suhair alami kecederaan di kaki dan tangan - “Motosikal hampir tergolek atas jalan”

Aniq Suhair alami kecederaan pada anggota badan kerana kemalangan semasa penggambaran drama.

PELAKON baharu Aniq Suhair mengalami kecederaan ringan pada bahagian anggota badan selepas terbabit kemalangan semasa menjalani penggambaran drama Tak Sempurna Mencintaimu, baru-baru ini.

Cerita Aniq, 20, semasa kejadian dia sedang menjayakan satu babak aksi dan terjatuh daripada motosikal yang ditungganginya sehingga mengalami luka-luka di kaki dan tangan.

"Sebenarnya itu babak dalam drama... saya dan seorang lagi pelakon iaitu Redza Rosli bawa motosikal masing-masing, ikutkan babak kenderaan dua roda kami hampir bertembung satu sama lain dan kami perlu tergolek di atas jalan.

ARTIKEL BERKAITAN: Finalis Hero Remaja, Aniq Suhair yakin tak pernah buat perkara tak senonoh - “Sebelum masuk dunia hiburan, kena bersedia dari segi mental dan fizikal”

"Disebabkan terlalu teruja saya buat extra stunt supaya nampak real, mujurlah semasa itu motor yang kami tunggang tidaklah terlalu laju.

"Alhamdulillah, tak ada kecederaan parah... keadaan saya baik-baik sahaja, biasalah luka sikit-sikit tu!," katanya kepada mStar.



Aniq tunjuk kecederaan di bahagian kaki.

Sebelum itu, bekas peserta program Hero Remaja 2020 ini berkongsi foto kecederaan yang dialami menerusi Instastory.

Meskipun berdepan kecederaan, Aniq berkata kejadian itu sama sekali tidak mematahkan semangatnya untuk bergelar seorang pelakon aksi.

Dah lama saya teringin nak berlakon drama atau filem aksi, jadi bila dapat peluang inilah waktu terbaik untuk saya buktikan.

ANIQ SUHAIR

PELAKON

"Saya tak kisah pun luka-luka sebab ini sikit sahaja, tiada kecederaan teruk. Apa yang penting shot cantik dan semua pihak berpuas hati dengan hasil lakonan saya.

"Walaupun cedera tapi saya suka kerana ini adalah babak aksi pertama dalam karier lakonan saya. Tak sabar nak buat pelbagai lagi babak aksi lain selepas ini," ujarnya.



Aniq mahu jadi pelakon aksi.

Sementara itu, pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta ini mengakui sudah lama menyimpan hasrat untuk berlakon dalam naskah aksi dan mencabar.

Justeru itu, tawaran drama ini merupakan peluang keemasan untuk dia membuktikan kemampuan diri.

"Dah lama saya teringin nak berlakon drama atau filem aksi, jadi bila dapat peluang inilah waktu terbaik untuk saya buktikan.

"Lagipun sebelum ini saya pernah menyertai sukan seni bela diri, sekurang-kurangnya ilmu yang saya belajar dulu boleh digunapakai dalam karier lakonan selepas ini," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain