suria

Sering terima gangguan seksual, Tiz Zaqyah hairan video masak pun buat lelaki ghairah - “Dekat tempat kerja ada budak kena buang sebab menyorok masa artis tukar baju”

Tiz Zaqyah mahu individu lakukan jenayah gangguan seksual dibawa ke muka pengadilan.

PELAKON Tiz Zaqyah berharap individu yang melakukan gangguan seksual di laman sosial dibawa ke muka pengadilan supaya mereka berhenti daripada melakukan tindakan tidak bermoral itu.

Berdepan kejadian yang sama berulang kali, Tiz berkata tindakannya menyekat akaun berkenaan tidak akan memberi kesan kerana mereka akan terus melakukan perbuatan itu terhadap wanita lain.

"Aku tak tahulah akaun palsu ke apa, ramai sangat orang macam ni... kau bayangkan anak buah kau ke? Adik kau ke? Anak sendiri ke macam ni banyak kali. Kau diam je ke?

ARTIKEL BERKAITAN: Alami sinestesia sejak kecil, Tiz Zaqyah dedah dapat lihat huruf, lirik, muzik dalam bentuk warna dan gelombang!

"Persoalannya kalau kita sekat dan lapor, lepas tu? Dia orang hidup senang macam biasa? Oh macam tu je? Agak-agaklah!

"Aku minta maaf post gambar tu. Aku nak korang rasa apa aku dan ramai lagi perempuan kat luar sana rasa!," katanya menerusi laman Instagram pada Selasa.



Tiz kongsi profil akaun individu berkenaan di Instagram.

Sebelum itu, pelakon drama Nur Kasih ini berkongsi paparan mesej yang diterima daripada individu yang menggunakan nama Papa Jew di laman Twitter.

Dalam mesej tersebut, Tiz menyembunyikan gambar yang dihantar lelaki berkenaan, namun dipercayai foto itu memperlihatkan kemaluan individu berkenaan.

Bayangkan anak atau kakak awak terima gangguan sebegini. Itu video saya tengah masak tu.

TIZ ZAQYAH

PELAKON

"Bayangkan anak atau kakak awak terima gangguan sebegini. Itu video saya tengah masak tu.

"Ee nak je aku post tak censored... nanti aku yang kena report menjahanamkan pagi bahagia orang lain.



Tiz luah perasaan kurang senangnya terhadap individu berkenaan di laman Twitter dan Instagram.

"Aku pun tak naklah kecoh-kecoh tapi sampai bila kita kena benda macam ni. Senangnya hidup kau," ujarnya.

Berkongsi pengalaman gangguan seksual di set penggambaran, Tiz berkata dia pernah menyaksikan seorang kru produksi diberhentikan kerja kerana tindakan tidak bermoral itu.

"Dekat tempat kerja ada budak kena buang sebab ada dalam bilik menyorok masa artis tukar baju.

"Nasib baik tak kena kepala paip dekat kepala. Habis tu dorang kat media sosial ni? Seronok sangat, semua lepas naik kepala la kan?," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain