suria

“Kalau tak suka abaikan saja, jangan baca” - Netizen hantar mesej luah perasaan menyampah, ini pula komen Mira Filzah

Mira muat naik paparan skrin mesej netizen yang meluat melihat perkongsiannya.

PELAKON Mira Filzah menjelaskan perkongsiannya menerusi sesi 'Ask Me Quastions' di media sosial hanyalah salah satu cara untuk dia berkongsi pandangan peribadi dengan peminat.

Bagaimanapun, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27, berkata, dia tidak meminta perkongsiannya itu dijadikan artikel oleh mana-mana portal sehingga menyebabkan rasa kurang senang segelintir netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Wan Emir bawa Mira Filzah ziarah pusara bapa - “Salam papa, kenalkan Nur Amirah... izinkan kami membina masjid dengan keberkatan”

"Apa saja yang saya kongsi di IG stories Ask Me Questions adalah cara untuk saya memberitahu dan berkongsi pandangan saya dengan peminat dan pengikut yang baik dengan saya.



Mira Filzah minta netizen abaikan ceritanya jika tidak suka.

"Saya tidak pernah ditemubual berhubung dengan soalan yang saya sendiri cipta. Ia tidak adil kepada saya dan Emir untuk orang menilai kami sebab mereka baca beberapa artikel berdasarkan soalan peribadi antara saya dan peminat.

"Tidak pernah bermaksud untuk menganggu ruang peribadi anda dengan berita begini apabila mereka hanya pandangan peribadi saya yang diambil dari ruang peribadi saya sendiri," katanya.

Mira berkata demikian dengan memuat naik paparan skrin mesej seorang individu yang meluahkan rasa meluat terhadap perkongsiannya yang dijadikan berita di media.

Saya tak minta untuk artikel untuk dikeluarkan dan saya juga tidak salah media.

MIRA FILZAH

PELAKON

"Menyampah. Adakah anda rasa yang anda seorang saja berkahwin di Malaysia. Berita anda ada di semua tempat sangat menyampah. Saya tak pasti di mana nak memuja anda sebagai ikon. Entah bagaimana, lakonan awak biasa saja," tulis individu itu.

Sebelum ini, Mira sering membuka soalan menerusi 'Ask Me Questions' di IG Story dan menerima banyak pertanyaan daripada peminat mengenai kehidupan selepas berkahwin dengan Wan Emir Astar.

Antara perkongsian pelakon drama bersiri Bidadari Kiriman Tuhan itu mengenai cadangan nama anak, belajar untuk memasak dan bacaan surah yang diamalkan setiap hari.



Mira dan suaminya, Wan Emir Astar.

Bagaimanapun, Mira berkata, dia tidak pernah menyalahkan pihak media yang mengeluarkan artikel berdasarkan perkongsiannya di laman sosial kerana memahami ia merupakan tugas mereka.

"Ask Me Questions dalam Instagram stories saya merupakan cara untuk saya berkomunikasi dan interaksi bersama peminat serta pengikut.

"Kalau tiba-tiba nampak artikel keluar lagi berdasarkan kandungan IG stories saya dan ada segelintir tidak sukakannya, jadi jangan baca, hanya abaikan saja.

"Saya tak minta untuk artikel untuk dikeluarkan dan saya juga tidak salah media, itu kerja mereka. Kalau anda tidak menyukainya, jadi tolong abaikan saja," ujarnya.

Mira dan Wan Emir Astar mendirikan rumah tangga pada 3 September lalu di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain