suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Setahun berkenalan, Dira Abu Zahar selamat bergelar isteri ahli perniagaan

Dira berkahwin dengan Syfik setelah setahun berkenalan. Foto: thekami.co

DENGAN sekali lafaz pelakon dan pengarah Dira Abu Zahar selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Syfik Izdzywan Sidek pada pagi Ahad.

Dira atau nama nama sebenar Khaidhirah Abu Zahar, 36, melangsungkan pernikahan di Masjid Al Azim, Melaka kira-kira pukul 10.30 pagi.

Dalam majlis tersebut, Syfik, 46, menyerahkan tiga dulang hantaran berbalas lima dari pengantin perempuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua Kali Jadi Ibu Tunggal Tidak Beri Dira Tekanan

Dira menerima mas kahwin RM1,000 dan jumlah wang hantaran dirahsiakan.



Empat tahun bergelar ibu tunggal, Dira akhirnya bergelar isteri semula.

Pasangan ini berkenalan kira-kira setahun lalu sebelum mengambil keputusan mengakhiri hubungan mereka sebagai suami isteri.

Pada tahun 2011, Dira pernah berkahwin dengan pengarah Helmi Yusof dan berpisah pada tahun 2016. Pasangan ini tidak dikurniakan anak.

Sebelum itu, Dira berkahwin dengan vokalis kumpulan Bau, Ash atau Tengku Shafriz- Rullah pada 2007 dan bercerai pada 2011.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Tengku Anggun Deandra yang kini berusia 12 tahun.

Dira juga mempunyai seorang anak angkat bernama Waris Iskandar Andiqa.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Dira Abu Zahar

Artikel Lain