suria

“Maafkan mama sepanjang perkahwinan ini banyak buat salah” - Almy Nadia beri ucapan istimewa kepada Fizz Fairuz sempena ulang tahun perkahwinan ke-6

Almy dan Fizz sambut ulang tahun perkahwinan yang ke-6 pada Sabtu.

SEMPENA ulang tahun perkahwinan yang ke-6 pada Sabtu, pelakon Datin Almy Nadia memberi ucapan istimewa buat suaminya yang juga pelakon Datuk Fizz Fairuz.

Almy, 34, meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat memberikan hadiah atau menyambut hari istimewa itu memandangkan mereka masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

ARTIKEL BERKAITAN: “Allah lebih sayangkan anakku... papa reda” - Almy Nadia keguguran kandungan berusia 14 minggu

Pemilik nama Almy Nadia Ungku Aminuddin Shah ini turut memohon maaf kerana banyak melakukan kesalahan dan berterima kasih kepada Fizz yang menjadi seorang bapa terbaik untuk anak-anak mereka.



Luahan Almy di Instagramnya.

"Selamat hari ulang tahun perkahwinan kita yang ke-6. Semoga alam perkahwinan kita sampai ke hujung nyawa kita. Tak ada sambutan dan tak ada hadiah ya.

"Dalam keadaan yang tak mengizinkan sekarang, Insya-Allah dah selesai semua kita pergi jalan-jalan ya. Maafkan mama juga sepanjang perkahwinan ini, mama banyak buat salah.

"Maafkan mama. Mama loves you so much. Terima kasih sayang sebab jadi papa yang terbaik buat Afrina, Arianna, Aurora, Ayra dan anak syurga kita arwah Mohammad," katanya.

Almy memuat naik status ucapan tersebut dengan bersertakan foto mereka berdua di laman Instagram.



Keluarga bahagia Almy dan Fizz.

Dia dan Fizz mendirikan rumah tangga pada 2014 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata Nur Afrina Arianna, 5, Nur Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 1, serta seorang anak angkat Nur Afrina Darwisyah, 11.

Menerusi laporan mStar pada 11 Februari lalu, Fizz berkongsi berita sedih apabila isterinya mengalami keguguran pada usia kandungan 14 minggu.

Difahamkan Almy ketika itu hamil anak lelaki yang diberi nama Mohammad.

Almy Nadia, Fizz Fairuz, anak,

Artikel Lain