suria

Deja Moss buat pendedahan sudah berkahwin tahun lalu - “Cukuplah saya maklumkan dah selamat bergelar isteri”

Deja bersama suaminya Maher Khani.

PENYANYI Deja Moss mendedahkan dia kini sudah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan berketurunan Amerika-Syria iaitu Maher Khani pada tahun lalu.

Deja atau nama sebenarnya Sharifah Hadijah Wan Moss, 47, tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai perkahwinannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya nak tahu alasan dia nak cerai, saya dah izin dia kahwin lain” - Deja Moss

"Assalamualaikum, Alhamdulillah hari ini saya ingin berkongsi berita gembira buat sahabat-sahabat dan rakan-rakan di IG dan FB serta peminat saya.

Deja Moss berkongsi berita gembira sudah berkahwin sejak tahun lalu.

"Saya telah selamat bergelar isteri tahun lalu dengan lelaki pilihan saya, Maher Khani. Terima kasih atas ucapan tahniah dan doa daripada anda semua.

"Mengenai butiran pernikahan kami, biarlah ia menjadi milik saya dan keluarga. Cukuplah saya maklumkan saya sudah selamat menjadi isteri," katanya.

Deja berkongsi berita gembira itu menerusi laman sosialnya pada Jumaat dengan memuat naik beberapa keping foto perkahwinannya.

Sementara itu, Deja menerusi laporan Berita Harian memberitahu majlis pernikahannya berlangsung di Chicago, Amerika Syarikat pada Jun tahun lalu.

Suami sanggup datang bertemu saya untuk memberi cincin lamaran pada Mac lalu.

DEJA MOSS

PENYANYI

"Kami berkenalan menerusi seorang teman. Sepanjang perkenalan, kami hanya berhubung menerusi panggilan video. Saya menerima dia sebagai suami selepas melihat kesungguhan dia untuk memperisterikan saya.

"Suami sanggup datang bertemu saya untuk memberi cincin lamaran pada Mac lalu. Dia datang dalam masa singkat dan pulang semula ke AS keesokan harı.

"Saya berkunjung ke Chicago untuk menemuinya, selleras Aidilfitri lalu. Kami saling menyintai dan matang dalam menjalinkan hubungan," ujarnya.

Deja berkata Maher berusia 52 tahun merupakan seorang duda tiga anak.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah di ruang komen foto tersebut dan mendoakan agar Deja berbahagia melayari kehidupan berumah tangga.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Menepis Rawan ini berharap orang ramai mendoakan perkahwinannya kekal ke akhir hayat.

"Doakan pernikahan kami berkekalan hingga ke Jannah, terima kasih semua, salam kasih sayang muchlove. Stay home and be safe!" ujarnya.

Sebelum ini, Deja pernah mendirikan rumah tangga dengan Azfendy Azzuddin ada 30 Ogos 2008 tanpa dikurniakan cahaya mata.

Bagaimanapun rumah tangga yang dibina selama 10 tahun itu berakhir apabila pasangan itu bercerai pada 24 Oktober 2018.

Deja Moss

Artikel Lain