Jangan panik! Rosyam Nor terpaksa sekat pengunjung pasaraya gara-gara ‘panic buying’ - “Harap semua dapat bersabar”

Rosyam Nor terpaksa mengawal kemasukan pelanggan ke pasaraya miliknya kerana enggan keadaan kelam kabut.

PENYEBARAN pelbagai berita palsu mengenai keadaan semasa berikutan penularan wabak Covid-19 sedikit sebanyak mengundang kebimbangan masyarakat.

Ia menyebabkan segelintir masyarakat mula membuat pembelian panik (panic buying) dan menyerbu pasaraya berdekatan bagi mendapatkan stok barangan asas.

Perkara ini diakui oleh pelakon yang juga merupakan pemilik sebuah pasaraya, Datuk Rosyam Nor.

ARTIKEL BERKAITAN: Viral beri kesan positif, Rosyam Nor terkejut pelanggan bertambah

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya malu dengan rakan kongsi saya” - Rosyam Nor sedih digelar ‘barua’, akui hanya miliki 10 peratus saham

Menurut Rosyam, pasaraya miliknya diserbu ramai pelanggan sehingga dia perlu menghadkan kemasukan kerana bimbang keadaan menjadi tidak terkawal.

"Apabila perdana menteri buat pengumuman, pasaraya mula dikunjungi orang ramai untuk cari barang. Saya tahu semua jadi panik tiba-tiba dan datang beramai-ramai.

Rosyam berkongsi perkembangan terkini di laman Instagram miliknya.

"Minta maaf... sebab keadaan dah jadi macam ni kami terpaksa tahan orang dekat luar supaya tak masuk dalam agar tidak menjadi terlalu padat.

"Kalau kita bagi semua orang masuk akan jadi lagi padat dan menyebabkan kesukaran untuk membeli barang... nanti jadi kelam-kabut," katanya.

Rosyam berkongsi situasi tersebut menerusi laman Instagram miliknya.

Pada Isnin, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (restriction of movement) di negara ini bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Rosyam minta masyarakat jangan panik!

Perintah Kawalan Pergerakan diisytiharkan bermula Rabu sehingga 31 Mac 2020.

Bagaimanapun pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barang-barang keperluan harian tidak tertakluk kepada larangan tersebut.

Sementara itu, pelakon filem Balistik ini berkata, pasaraya miliknya itu akan dibuka 24 jam sehari sepanjang tempoh Perintah kawalan Pergerakan itu.

"Kami harap anda semua dapat bersabar kerana premis kami dibuka 24 jam dan stok barangan ada, kami dah berbincang dengan supplier.

"Malah penghantaran barang juga diteruskan macam biasa, tiada apa yang perlu ditakutkan. Minta maaf, harap semua dapat bersabar!," ujarnya.

Rosyam Nor

Artikel Berkaitan

Artikel Lain