suria

Pelawak Hazwan (XOXO) terlibat kemalangan angkara serpihan besi atas jalan

Hazwan kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di Selangor.

PELAWAK Hazwan daripada kumpulan XOXO terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada petang Isnin.

Berita tersebut dikongsikan Amir Raja Lawak menerusi laman Instagram.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di lebuhraya Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) ketika pelawak tersebut dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari tempat kerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Jibob Raja Lawak alami pendarahan otak selepas jatuh di bilik air - “Buat masa sekarang, saya tak tahu bila dia akan sedar”

Menurut Amir, Hazwan atau lebih dikenali sebagai Wan berada dalam keadaan stabil dan kini menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Selangor.

Seorang sahabat berkongsi keadaan terkini kesihatan Hazwan di hospital.

"Saya masih belum sempat lagi nak ziarah, InsyaAllah hari ini saya akan singgah... saya dimaklumkan motosikal yang ditunggangnya terlanggar serpihan besi.

"Wan stabil tapi ada luka di muka, kaki dan tangan serta sedikit kesan koyak di kening kiri," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Amir memohon orang ramai serta peminat mendoakan supaya Hazwan cepat sembuh dan pulih seperti sediakala.

"Moga Wan cepat sembuh dan dipermudahkan urusan... doakan yang baik-baik semuanya," ujarnya.

Hazwan, Wan XOXO

Artikel Lain