suria

“Bukan mahu cetus provokasi”- Lan Solo tubuh Kristal X bantu ekonomi rakan-rakan

Lan bersama Kristal X lancar Seragam Hitam versi 2020.

SELEPAS membuat keputusan untuk bergerak secara solo, bekas vokalis kumpulan Kristal iaitu Lan menubuhkan kumpulan baharu yang diberi nama Kristal X.

Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof berkata, Kristal X yang ditubahkan itu terdiri daripada anggota asal kumpulan Kristal iaitu Ainul dan Ezal.

ARTIKEL BERKAITAN: Lan Solo terpaksa sekat semua anggota Kristal di laman sosialnya  

“Tujuan saya mewujudkan Kristal X ini adalah untuk menambah baik ekonomi kawan-kawan saya sendiri. Saya dah kenal dengan mereka beberapa tahun tapi tak nak saya seorang je yang maju ke hadapan.

“Selain daripada itu kita tak terlalu terikat dengan komitmen. Contohnya kalau tiba-tiba Ezal ada persembahan di sana, pergi dulu sebab Kristal X tidak mengapa kerana konsep kita adalah cari makan, siapa ada rezeki lebih... pergi,” ujarnya kepada mStar.

Lan bersama ahli kumpulan Kristal X.

Penyanyi lagu Berpisah Tanpa Rela ini ditemui pada majlis pelancaran lagu dan muzik video baharu Seragam Hitam versi 2020 di Red Box The Gardens pada Isnin.

Dalam pada itu Lan juga memberitahu bahawa penubuhan kumpulan Kristal X tidak bertujuan untuk mencetuskan provokasi kepada mana-mana pihak.

“Memang tidak pernah ada tujuan untuk provok, cuma kalau bersaing memang perlu untuk kita terus maju ke hadapan.

“Dan saya percaya rezeki sudah diatur oleh Allah,” ujarnya.

Tujuan saya mewujudkan Kristal X ini adalah untuk menambah baik ekonomi kawan-kawan saya sendiri.

LAN

VOKALIS KRISTAL X

Pada Januari 2018, Lan mendedahkan hubungannya dengan beberapa ahli kumpulan Kristal bermasalah selepas dia mengambil keputusan untuk menyertai Gegar Vaganza musim 4.

Sementara itu, Lan berkata, buat masa ini, Kristal X akan menyanyikan semula lagu-lagu lama yang pernah dipopularkan bersama kumpulan Kristal dahulu.

“Perancangan itu memang ada, cuma untuk kemunculan semula ini kita nak throwback dulu. Itu yang kita keluarkan lagu Seragam Hitam Versi 2020.

“Lagu itu sangat bermakna kepada kami kerana lagu itulah yang memperkenalkan kami dalam industri,” katanya lagi.

Lan, Kristal X

Artikel Lain