suria

“Banyak kenangan... mungkin ini jalan terbaik” - Fizo, Mawar Karim sepakat tutup restoran Fizomawar Kitchen

Fizo mengesahkan restoran yang diusahakan bersama bekas isteri, Fizomawar Kitchen akan ditutup hujung bulan ini.

PELAKON Fizo Omar mengesahkan restoran Fizomawar Kitchen (FMK) yang diusahakan bersama bekas isteri, Mawar Karim akan menamatkan operasi pada hujung bulan ini.

Menurut Fizo, 34, keputusan itu dicapai setelah mereka mengadakan perbincangan dan penutupan restoran itu merupakan jalan terbaik selepas mereka berpisah.

"Sebenarnya berat untuk saya nak umumkan keputusan ini... setelah berfikir dan berbincang bersama Mawar, kami bersetuju untuk tamatkan operasi Fizomawar Kitchen (FMK) cawangan di Bangi, Selangor dan Kota Bharu, Kelantan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Seandainya perpisahan terbaik buat kami, saya reda” - Fizo Omar ulas isu rumah tangga bergoncang

"Banyak kenangan dan usaha dilakukan termasuk wang ringgit tapi ini mungkin jalan terbaik dan saya percaya Allah ada perancangan terbaik untuk kami.

Fizo berkongsi rezeki dengan lebih 100 orang pekerja di FMK.

"Setelah empat tahun, lebih 300,000 pelanggan yang datang ke restoran kami dan FMK berkongsi rezeki dengan lebih 100 orang pekerja. Saya nak beritahu FMK akan menamatkan operasi pada 27 Oktober ini," katanya.

Pelakon drama Adellea Sofea ini berkongsi rasa sedih tersebut menerusi laman Youtube miliknya pada Jumaat.

Terdahulu, Fizo dan Mawar Abdul Karim bercerai pada 10 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor.

FMK cawangan Kota Bharu, Kelantan turut ditamatkan operasi.

Mereka berkahwin pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata Wan Maryam kini berusia dua tahun.

Sementara itu, Fizo memberitahu selepas ini dia akan menumpukan perhatian kepada pengurusan acara dan media sosial.

Saya nak beritahu FMK akan menamatkan operasi pada 27 Oktober ini!

FIZO OMAR

Pelakon

Manakala Mawar pula akan meneruskan perniagaan tudung Fareeda yang diusahakan sejak sebelum perkenalan mereka.

"Selepas ini saya akan fokus dengan event management, sosial media dan Mawar pula dengan perniagaan tudung. Doakan kami dimurahkan rezeki.

"Insya-Allah saya bercadang untuk buat majlis dengan peminat dan pelanggan kita sebelum FMK tamatkan operasi, mungkin nanti akan ada promosi, tunggu update daripada saya nanti," ujarnya.

Fizo Omar, Mawar Karim

Artikel Lain