suria

“Saya malukan diri sendiri kerana mahu dia bertanggungjawab!” - Wanita nyaris jadi isteri ketiga Amar Asyraf

Amar dan isterinya, Arna Salleh (kiri) tidak mahu melibatkan pihak luar dengan masalah antara mereka dan Ellika.

WANITA yang mendakwa hampir menjadi isteri ketiga Amar Asyraf, Ellika Azman mengakui kesalahannya menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki berstatus suami orang.

Menurut Ellika, dia rela membuka aib sendiri kerana mahu aktor itu bertanggungjawab ke atas isteri kedua dan anaknya yang baru lahir.

ARTIKEL BERKAITAN: Amar Asyraf jawab tuduhan jalin hubungan sulit - “Saya dah bincang dengan isteri, ini libatkan maruah keluarga"

"Saya akui apa yang saya lakukan itu (bercinta dengan Amar) salah sebab dia suami orang dan tidak sepatutnya saya teruskan hubungan tersebut.

Antara foto yang dimuat naik Ellika di Instagramnya.

"Tapi saya tak sangka sebenarnya dia ada dua isteri dan saya hampir jadi isteri ketiga. Saya dapat tahu pun daripada isteri keduanya yang menghubungi saya sendiri. 

"Saya terpaksa malukan diri sendiri sebab nak Amar bertanggungjawab pada isteri kedua dan bayi dia yang diabaikan," kata Ellika ketika dihubungi mStar.

Sebelum ini, Ellika mendedahkan dia mempunyai hubungan sulit dengan seorang aktor yang berstatus suami sejak September tahun lalu dan bakal berkahwin pada minggu hadapan.

Saya terpaksa malukan diri sendiri sebab nak Amar bertanggungjawab pada isteri kedua dan bayi dia yang diabaikan.

ELLIKA AZMAN

Pelakon teater

Namun dia terpaksa membatalkan perancangan itu selepas mengetahui Amar sudah mempunyai seorang lagi isteri dan bayi yang baru saja dilahirkan.

Walaupun tidak menyatakan nama namun jelas terpapar wajah Amar Asyraf dalam video dan foto yang dikongsinya di laman sosial.

Amar ketika dihubungi mStar pada Khamis memberitahu dia dan isterinya, Arna Salleh dalam proses menyelesaikan masalah rumah tangganya tanpa campur tangan pihak luar.

Dalam pada itu, wanita berkenaan memberitahu keputusan untuk membuat pendedahan itu dibuat selepas berbincang dengan keluarganya.

Pendedahan Ellika mengenai hubungan sulitnya dengan Amar.

Ellika yang juga pelakon teater enggan mendedahkan identiti wanita yang didakwa isteri kedua pelakon Tanah Kubur itu.

"Selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, barulah saya mengambil keputusan untuk mendedahkan semuanya.

"Saya kasihankan isteri kedua Amar dan bayi mereka yang baru lahir. Amar abaikan tanggungjawab dia dan membiarkan saja mereka.

"Buat masa sekarang, saya memang tidak akan beritahu identiti sebenar pihak kedua itu. Biar dia sendiri yang tonjolkan diri," ujarnya.

Amar Asyraf, curang, isteri, Ellika Azman

Artikel Lain