Pengantin perempuan sorong suami naik pelamin... Fasha Sandha menangis lihat isteri cekal - “Kuat dan tabahnya Yin” - Hiburan | mStar

Pengantin perempuan sorong suami naik pelamin... Fasha Sandha menangis lihat isteri cekal - “Kuat dan tabahnya Yin”

Fasha hadiri majlis perkahwinan rakan baik suaminya yang diserang strok.

KETABAHAN seorang wanita yang menerima kekurangan seorang lelaki sebagai suami mengundang rasa terharu dan kagum aktres Fasha Sandha.

Fasha, 35, yang menghadiri majlis perkahwinan rakan baik suaminya pelakon Aidil Aziz tidak mampu menahan air mata ketika melihat pasangan pengantin berjalan menuju ke pelamin.

ARTIKEL BERKAITAN: “Eh hello, bukan artis saja nak bercerai!” - Fasha Sandha 'sekolahkan' netizen label selebriti suka 'kahwin-cerai'

"Tak pernah air mata turun tak berhenti. Jenuh juga tahan untuk sembunyikan. Gugur juga air mata melihat pengantin ni.

Fasha Sandha kongsi perasaan ketika menghadiri majlis perkahwinan sahabat Aidil.

"Paling kagum dengan isteri yang menerima kekurangan suami yang tiba-tiba diserang strok tiga kali sebelum berlangsungnya perkahwinan. Kuat dan tabahnya Yin," ujarnya.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha binti Hassan berkongsi perkara tersebut menerusi Instagram pada Isnin.

Menerusi video yang di muat naik, kelihatan pengantin perempuan sedang menolak kerusi roda suaminya menuju ke pelamin mereka.

Walaupun pengantin lelaki itu tidak mampu berjalan, namun wanita berkenaan tidak malu dengan ketidaksempurnaan fizikal suaminya.

Antara komen yang diberikan netizen.

Rata-rata netizen tersentuh dan memuji pasangan suami isteri ini di ruangan komen.

"Cinta tanpa syarat, air mata kami jatuh juga, bukti cinta sejati. Semoga mereka kekal hingga ke syurga

"Dia perempuan yang hebat" ujar netizen.

Dalam pada itu, pelakon drama Semua Salahku itu turut mengucapkan tahniah kepada pasangan raja sehari Alif dan Yin dan mendoakan pasangan itu bahagia hingga ke akhir hayat.

"Tahniah di atas perkahwinan, kami doakan agar perkahwinan ini kekal ke akhir hayat dan semoga Alif cepat sembuh,"

"Alif ni salah seorang kawan rapat dengan suami saya, tahniah Alif dan Yin," tulis Fasha.

fasha sandha

Artikel Lain