“Eh hello, bukan artis saja nak bercerai!” - Fasha Sandha 'sekolahkan' netizen label selebriti suka 'kahwin-cerai' - Hiburan | mStar

“Eh hello, bukan artis saja nak bercerai!” - Fasha Sandha 'sekolahkan' netizen label selebriti suka 'kahwin-cerai'

Fasha mengakui dia berasa bangga dengan gelaran 'janda' yang dimilikinya sebelum ini.

KISAH perceraian selebriti sentiasa mendapat perhatian netizen hingga ada segelintir pihak menganggap golongan terkenal itu lebih cenderung memilih jalan perpisahan berbanding berusaha menyelamatkan rumah tangga mereka.

Justeru itu, pelakon Fasha Sandha terpanggil untuk mengubah persepsi masyarakat memandangkan dia juga pernah berhadapan situasi sama suatu ketika dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak tanya... ibu pregnant ke?” - Netizen teruja 'baby bump' Fasha Sandha

"Ada juga orang kata, eh artis ni suka bercerai ke? Eh hello, bukan artis saja bercerai-berai, orang bukan artis lagi banyak bercerai cuma tak masuk surat khabar saja.

Fasha berkongsi pengalaman hidupnya ketika bergelar seorang janda.

"Sebab orang tak peduli. Artis juga selalu cuba yang terbaik untuk selamatkan perkahwinan tapi apabila tak berjaya, itu adalah takdir.

"Sekurang-kurangnya kita cuba perbaiki apa yang boleh untuk selamatkan perkahwinan. Menjadi single lebih baik berbanding bersama pasangan yang salah," katanya menerusi Instagram pada Khamis.

Sebelum ini, Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 35, pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.

Selepas beberapa tahun bergelar ibu tunggal kepada dua orang anak, Fasha bertemu jodoh dengan pelakon Aidil Aziz dan pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 30 Mac lalu.

Dalam pada itu, pelakon drama Semua Salahku ini mengakui dia berasa bangga dengan gelaran janda yang dipegangnya selama tiga tahun sebelum berkahwin semula.

Fasha kini bahagia disamping suaminya.

Kata Fasha, dia juga tidak pernah berasa malu dengan gelaran tersebut kerana ketika itu dia mampu menyara kehidupannya bersama anak-anak dengan hasil kerja keras sendiri.

"Saya seorang janda sebelum ini dan saya sangat berbangga dengan gelaran itu. Sebab apa? Sebab saya janda yang berkerjaya, cari duit untuk keluarga, tak meraih simpati dan kuat.

"Tak ada apa nak malu pun dengan gelaran janda itu. Sekarang Allah bagi peluang kedua untuk menerima pasangan baru.

"Ini pun pinjaman daripada Allah, cuma apa yang saya buat, selalu berdoa agar pinjaman kali ini berkekalan hingga akhir hayat," ujarnya.

Fasha juga memberi kata-kata semangat dan nasihat kepada semua peminat serta saudara perempuannya agar membuat simpanan kewangan untuk persediaan di masa hadapan.

Fasha Sandha , Aidil Aziz

Artikel Lain