“Barang nak rare tapi nak free!” - Peniaga 'spare part' motor kecewa Tajul berkira, tak mahu bayar harga pam Brembo

Niat tajul untuk meminta tajaan disalah erti seorang lelaki.

PENYANYI Tajul menjelaskan isu bagi mendapatkan tajaan alat ganti pada bahagian motosikal miliknya yang menjadi buah mulut netizen di laman sosial sebagai salah faham.

Menurut Tajul atau nama sebenarnya Tajul Arif Noor Md Shari, 21, salah faham itu berlaku apabila pemilik bengkel alat ganti berkenaan yang dikenali sebagai Nobysan membuat andaian bahawa dia ingin membeli peranti motosikal itu daripadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dilabel tak relevan, Tajul minta peminat maafkan Wany Hasrita

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia dah sedia nak kahwin” - Tajul komen status wanita misteri bersamanya

Bagaimanapun Tajul tidak menyangka pertanyaan awal mengenai sama ada individu terbabit bersedia untuk menajanya ditularkan di media sosial.

"Untuk pengetahuan semua, aku sekadar bertanya sahaja dengan seorang hamba Allah ni, bolehkah sponsor aku pam Brembo. Kalau tak boleh tak mengapa, aku tak paksa. Aku faham mungkin kau tak mampu. Cakap awal-awal senang.

"Apabila dah deal untuk jumpa, aku ingatkan dia ok nak sponsor. Tahu-tahu dia post viralkan aku dekat Facebook.


Antara kenyataan dimuat naik pemilik alat ganti di laman Facebook.

"Apa salah aku? Aku cuma tanya sahaja. Tak paksa pun dia sponsor," ujarnya.

Selain itu, Tajul turut berang dengan tindakan lelaki itu yang memilih untuk menularkan mengenai hal itu daripada berbincang secara baik untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Kata Tajul, dia juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.

"Sepatutnya bawa berbincang, bukan canang dekat Facebook.


Tajul membuat penjelasan mengenai salah faham berkenaan.

"Kalau dia cakap tak boleh nak sponsor, aku boleh beli sahaja.

"Dia cakap nak padam status dekat Facebook, kita tengok sajalah. Kalau dia tetap nak berkeras, aku akan ambil tindakan," ujarnya.

Terdahulu, seorang lelaki meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penyanyi lagu Melamar Rindu itu selepas Tajul meminta tajaan daripadanya.

Difahamkan perkara itu bagaimanapun telah diselesaikan secara baik oleh kedua-dua pihak.

Tajul, tajaan

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain