“Kadang-kadang sampai terlupa isteri” - Fizi Ali kasihankan Shakilla, anak jadi keutamaan - Hiburan | mStar

“Kadang-kadang sampai terlupa isteri” - Fizi Ali kasihankan Shakilla, anak jadi keutamaan

Fizi bersyukur dengan kehidupannya kini bersama isteri dan anak.

KEHADIRAN cahaya mata pertama banyak mengubah kehidupan penyampai radio Suria FM, Fizi Ali.

Cerita Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin, 30, ada kalanya dia terlupa bertanya mengenai keadaan isteri, Shakilla Khoriri semenjak kehadiran anak perempuan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Fizi Ali dituduh berlagak gara-gara hadiah buat isteri

"Selepas ada anak, memang rasa penat sangat dari segi mental dan fizikal. Tapi Alhamdulillah, bagi saya ia adalah rezeki dan bersyukur sangat dengan kehidupan saya sekarang ini.

"Kehidupan saya pun banyak berubah, sebagai contoh sebelum ada anak kita balik kerja terus tanya keadaan isteri tapi bila dah anak ini, memang asyik tanya fasal anak saja.

Fizi bahagia disamping isteri dan anaknya.

"Sampai terlupa nak tanya keadaan isteri... kesian dia," kata Fizi kepada mStar.

Fizi ditemui ketika Karisma Jelajah Suria yang diadakan di Central I City Mall, Shah Alam baru-baru ini.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ameena Sofia di sebuah pusat perubatan Damansara pada 14 Mac lalu.

Dalam pada itu, Fizi memberitahu anak sulungnya ada menerima beberapa tawaran berlakon namun dia dan isteri yang juga pelakon terpaksa menolak secara baik.

Menurut Fizi, belum tiba masa yang sesuai untuk Ameena berlakon kerana bimbang anak mereka akan berasa penat memandangkan usianya belum mencecah setahun.

Fizi menolak secara baik tawaran untuk anaknya berlakon.

"Kalau ikutkan memang banyak dapat tawaran berlakon drama dan iklan. Tapi kami berdua rasa belum tiba masanya untuk Ameen bekerja sebab nak bagi dia membesar terlebih dahulu.

"Lagipun, kami takut dia penat nanti nak kena berlakon dalam jangka masa yang lama. Setakat ini, saya dan Killa menolak dengan cara baik setiap tawaran yang diterima.

"Tapi kemungkinan boleh dibincangakan tawaran itu apabila usianya dah mencecah satu tahun ke atas," ujarnya.

Fizi dan Shakilla berkahwin pada 18 Februari tahun lalu.

Fizi Ali , Shakillah Khoriri

Artikel Lain