Naim Daniel takut kalah dalam Big Stage? - “Lebih baik saya beri laluan kepada orang lain”

Naim anggap tuduhan takut pada kekalahan sebagai tuduhan tidak berasas.

KOMITMEN tinggi terhadap kerjaya seni membuatkan penyanyi Naim Daniel terpaksa menolak tawaran menyertai program Big Stage 2019.

Menurut Naim, 22, ia sekaligus menafikan cakap-cakap yang mendakwa kononnya dia takut mengambil risiko termasuk kemungkinan kalah dalam pertandingan yang mengangkat bakat penyanyi muda sepertinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas kekasih nafi cinta tidak direstu keluarga dalam lagu ‘Sumpah’, Naim Daniel mohon maaf pada ibu Dayana

ARTIKEL BERKAITAN: Naim Daniel ambil masa dua bulan kaji kehidupan OKU

"Apa-apa pun, khabar angin tetap khabar angin... melainkan kalau anda bertanya sendiri kepada tuan punya badan. Hakikatnya saya tidak dapat menyertai Big Stage kali ini disebabkan jadual kerja yang sangat padat.

"Berhubung gosip liar yang mengatakan saya takut kalah, ia adalah tuduhan tidak berasas. Tak pernah terlintas pun dalam fikiran saya. Big Stage adalah platform terbaik untuk semua artis baharu.

"Alhamdulillah selepas single Sumpah keluar, rezeki untuk keluarga dan ibu bapa saya datang mencurah-curah. Sepanjang berada dalam industri saya tak pernah terfikir perkara begini akan berlaku dalam hidup saya," ujarnya kepada mStar.


Naim terpaksa menolak tawaran sertai Big Stage kerana jadual kerja yang padat.

Tambah Naim, dia juga enggan membebankan pihak produksi dengan masalah yang mungkin timbul sekiranya dia menyertai Big Stage.

"Peminat yang sudah lama mengikuti perkembangan saya di Instagram, mereka mungkin tahu bahawa sejak awal program Big Stage bermula lagi saya dah mula sibuk dengan show dan sebagainya.

"Saya hanya akan mendatangkan kerugian yang besar kepada produksi kerana tak dapat nak beri komitmen sepenuhnya.

"Daripada saya mendatangkan masalah, lebih baik beri laluan kepada orang lain," katanya.

Dalam pada itu, aktor drama Pia ini reda dan menganggap program realiti Big Stage kali ini bukan rezekinya namun tidak menolak kemungkinan untuk menyertainya pada musim akan datang.

Kalau saya terpaksa tolak rezeki di Big Stage untuk rezeki di tempat lain, saya reda.

NAIM DANIEL

Pelakon & penyanyi

"Kita harus ingat bahawa rezeki itu datang di tempat lain juga. Kalau saya terpaksa tolak rezeki di Big Stage untuk rezeki di tempat lain, saya reda. Saya faham kalau ada yang tak berpuas hati dengan saya. Saya cuba sebaik mungkin untuk menjaga hubungan dengan orang lain.

"Sekali lagi saya tak nafikan, Big Stage adalah platform terbaik untuk artis yang nak cuba perkara baharu dan nak cari kepercayaan orang ramai mengenai bakat mereka.

"Saya percaya kepada rezeki, kalah menang adat pertandingan. Soal saya takut kalah itu tidak wujud," katanya.

Naim Daniel, Big Stage 2019

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Artikel Lain