“Kerja complain je kat mama” - Nada suara ‘malas nak layan’ suami Elfira Loy jadi bahan netizen buat spekulasi hal rumah tangga - Hiburan | mStar

“Kerja complain je kat mama” - Nada suara ‘malas nak layan’ suami Elfira Loy jadi bahan netizen buat spekulasi hal rumah tangga

Tindakan Elfira bergurau dengan suaminya menerima kritikan netizen.

NIAT Elfira Loy untuk bergurau dengan suaminya mengundang kecaman netizen apabila permintaan yang kononnya mengidam untuk makan sabun tidak dibantah suami Faris Khairul Anuar.

Menerusi sebuah video, reaksi suaminya yang seolah-olah tidak mahu melayan kerenah aktres itu menimbulkan spekulasi dalam kalangan netizen. 

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pandai siang ikan bukan isu besar, Elfira Loy dah lali netizen suka cari salah

ARTIKEL BERKAITAN: Dah lama tak datang bulan, rupa-rupanya Elfira Loy dah hamil!

"Baby, saya tak tahulah. Saya rasa macam nak makan sabun," kata Elfira.

Tidak seperti dijangka, suaminya itu memberikan respons spontan apabila mengizinkan aktres itu untuk memakan sabun seperti yang diinginkannya.

"Kalau saya mengidam awak pakai jersey Manchester United, boleh?" soalnya.

Niat Elfira untuk bergurau dengan suaminya dikritik netizen.

Faris bagaimanapun dilihat enggan menunaikan hajat isterinya itu malah berkeras tidak akan mengenakan jersi kelab itu.

"Takda... takda... takda... tak boleh. Kalau nak, Liverpool sahaja," ujar Faris.

Elfira kemudian berkeras meminta Faris berbuat demikian sehingga pelakon itu dilihat seolah-oleh mengugut suaminya untuk melaporkan perkara itu kepada ibunya.

"Kerja complain je kat mama... haa complain complain...

"Boleh... pakai je semua. Apa nak semua boleh," ujar Faris.

Oleh kerana itu, rata-rata netizen menganggap Faris bersikap dingin dan menurutkan semua kehendak Elfira.

Respons suami Elfira mendapat perhatian netizen di media sosial.

Dalam pada itu, segelintir netizen berpendapat program itu seolah-oleh memberi kesan buruk terhadap Elfira apabila ia menampakkan sisi sebenar hubungan pasangan itu.

"Sebenarnya El nak la merasa konon suami dia caring ke tak bagi makan sabun tu. Tapi suami dia bagi je. Makan sabun, laju je bagi. Tukar jersey, tak nak... Report kat mak, laki malas layan, terus bagi semua apa nak bagi.

"Kerja nak complain kat mama je dia, kantoi...

"Jawab phone tak macam in love pun.

"Kenapa husband dia mcm malas nak layan dia?" kata netizen.

Kerja complain je kat mama... haa... complain, complain...

FARIS

Pelakon

Tidak kurang daripada itu, ibu kepada pelakon ini, Filzah Yusoff, 53, turut terkena tempias apabila netizen mendakwa sering mencampuri urusan rumah tangga pasangan itu.

"Wow mama dia powerful gila.

"Kena control dengan mak eh?

"So, who's in control?

"Hahahah yes, also suami dia takut mak Elfira je sebenarnya," kata netizen.

Elfira Loy , mengidam

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain