suria

“Kalau tak minat saya tak buat, yang penting jalan cerita ada mesej” - Fazura tak mahu jadi wanita malang

Fazura sanggup menunggu lama bagi mendapatkan karya drama atau filem terbaik.

PELAKON Nur Fazura menolak tawaran lakonan yang memaparkan watak kehidupan seorang wanita bernasib malang dalam cinta atau perhubungan.

Menurut Fazura, 35, kebanyakan drama atau filem kini sering mengangkat kisah cinta klise yang hanya menunjukkan kelemahan wanita sedangkan realitinya ramai yang memiliki hati yang cekal.

Justeru itu, dia tidak berasa ralat menolak tawaran watak sedemikian dan rela menunggu lama bagi mendapatkan naskhah terbaik.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita berkebaya putih, rambut mengurai ganggu Fazura, Fattah minta baca ayat Kursi

"Kisah cinta tiga segi saya tak mahu dah, wanita dipukul lelaki, putus cinta, merajuk sampai patah semangat tak nak kerja... itu bukan yang saya nak tunjukkan sebab perempuan itu kuat!

Fazura dan suami, Fattah Amin.

"Kenapa dah putus kena sedih dan putus asa, padahal ramai perempuan yang saya kenal boleh move on dan jadi kuat, kenapa nak menangis?

"Sebab itu saya sanggup menunggu lama untuk dapatkan skrip yang baik, saya dapat rasakan drama atau filem yang akan saya lakonkan selepas ini memang apa yang saya nak," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, isteri kepada aktor Fattah Amin ini berkata dia selektif dalam memilih karya kerana mahu mesej yang disampaikan itu diterima baik oleh penonton.

"Kalau ada tawaran watak menarik yang mampu membuka hati saya akan terima, saya tak nak buat sesuatu hanya untuk orang nampak banyak tawaran lakonan tapi kualiti tiada.

Fazura dalam filem Dendam Pontianak.

"Sebagai artis, saya tak kisah tak berlakon lama, tak perlu dilihat di mana-mana untuk menunjukkan saya banyak job, tak perlu. Saya percaya rezeki itu datang dari Allah.

"Kalau saya tak minat saya tak buat, yang penting jalan cerita kena ada mesej yang baik untuk orang tonton dan beri perubahan, benda-benda itu yang saya nak tunjukkan," ujarnya.

Kenapa dah putus kena sedih dan putus asa, padahal ramai perempuan yang saya kenal boleh move on dan jadi kuat, kenapa nak menangis?

FAZURA

Pelakon

Dalam perkembangan lain, Fazura kini sedang sibuk mempromosikan filem terbaharu lakonannya berjudul Dendam Pontianak.

Filem arahan Glen Goei dan Gavin Yap sudah ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada Khamis lalu.

Selain Fazura, ia turut menampilkan pelakon Hisyam Hamid, Remy Ishak, Namron, Wan Hanafi Su dan Nik Harraz Danish.

Nur Fazura

Artikel Lain