suria

“Patutnya keluar lebih awal!” - Netizen puas hati, akhirnya Chaleeda, Syada tersingkir

Chaleeda terima undian terendah. FOTO GEMPAK.

SEPERTI dijangka dua peserta di pentas Big Stage musim kedua iaitu Syada Amzah dan Chaleeda gagal meneruskan perjuangan apabila diumumkan tersingkir pada konsert minggu kelima yang berlangsung malam Ahad.

Peserta dari Thailand, Chaleeda menerima 62 peratus markah, manakala Syada menerima 68 markah daripada juri dan undian penonton menjadikan mereka menduduki prestasi terendah.

ARTIKEL BERKAITAN:Han-Byul dapat 'standing ovation', Sheryl Shazwanie peserta pertama tersingkir Big Stage musim kedua

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Nurhaliza ulas dakwaan pilih kasih di Big Stage 2019

Syada gagal mara ke minggu keenam.

Syada yang menyampaikan lagu Sembilu nyanyian asal Ella menerima komen kurang memberansangkan daripada juri tetap Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Sementara itu, Chaleeda yang menyampaikan lagu Girlfriend nyanyian asal Avril Lavigne terpaksa menerima keputusan itu setelah empat minggu berada di kedudukan tiga tercorot.

"Syada boleh menyanyi, cumanya persembahan malam ini macam tak berapa kemas, tak habis sempurna. Dia perlu cabar vokalnya kerana ini pertandingan.

"Persembahan Chaleeda pula malam ini mungkin dia terlalu selesa dan tak mencabar vokal ada semput sikit, pernafasan nampak tak kena," komen Siti Nurhaliza.

Irfan Haris teruskan perjuangan minggu hadapan.

Sementara itu, rata-rata penonton meluahkan rasa lega dengan penyingkiran Chaleeda dan Syada berikutan sudah beberapa kali menduduki tangga terbawah.

“Ramai yang bersorak bila Chaleeda dan Syada tersingkir. Patut terkeluar awal lagi.

“Semua puas hati bila Chaleeda terkeluar sampai trending nama dia di Twitter!” ujar netizen.

Antara komen netizen di laman sosial Twitter.

Dalam pada itu, tiga peserta menerima markah tertinggi ialah Han-Byul sebanyak 82 peratus, Neeta (81.67 peratus) dan Santesh (77.83 peratus).

Lima lagi peserta yang layak bersaing pada minggu keenam ialah Feeya Julia, Irfan Haris, Kucaimars, Dinda Permata dan Adzrin.

Big Stage minggu kelima diadili dua juri profesional tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan serta juri jemputan, Yusry KRU.

Big Stage dihoskan oleh Alif Satar bersama Sherry Alhadad dan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setiap Ahad pukul 9 malam.

Big Stage, Chaleeda, Syada Amzah

Artikel Lain