suria

“Tidak mahu beri markah terlalu rendah, itu semangat mereka untuk perform” - Siti Nurhaliza ulas dakwaan pilih kasih di Big Stage 2019

Siti Nurhaliza ulas dakwaan bersikap pilih kasih terhadap peserta Indonesia Dinda Permata.

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza menjelaskan pemberian markah terhadap peserta program Big Stage 2019 perlulah mengikut standard dan setimpal dengan usaha peserta-peserta itu.

Siti yang juga juri tetap program itu berkata, mereka tidak seharusnya memberikan markah yang yang terlalu rendah kerana dikhuatiri akan menjatuhkan semangat peserta yang bertanding.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tiada cabaran nyanyi lagu pilihan sendiri” - Siti Nurhaliza mahu peserta Big Stage musim kedua lebih variasi

ARTIKEL BERKAITAN: Han-Byul dapat 'standing ovation', Sheryl Shazwanie peserta pertama tersingkir Big Stage musim kedua

Bagaimanapun, beliau tetap menghormati keputusan yang dibuat juri-juri jemputan sebelum ini.

“Kalau Shafinaz atau Ajai nak menjurikan mengikut cara mereka, itu terpulang.

“Cuma ada tahap yang markah kita berikan tidak terlalu downgrade mereka kerana markah itu kan semangat mereka untuk perform... minggu lepas mereka persoal markah yang saya beri pada Dinda kerana lupa lirik.

Jaclyn Victor (kanan) sebagai juri jemputan bergandingan bersama dua juri tetap iaitu Judika (kiri) dan Siti Nurhaliza (tengah).

“Tapi sebenarnya dia bukan lupa lirik tetapi terlalu beremosi sampai tak boleh nak nyanyi. Tetapi dari segi emosi dia membawakan lagu itu adalah sangat bagus,” ujarnya kepada mStar.

Siti ditemui pada sidang media Big Stage 2019 di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad.

Dia bukan lupa lirik tetapi terlalu beremosi sampai tak boleh nak nyanyi

SITI NURHALIZA

PENYANYI/JURI TETAP 

Dalam konsert ketiga program realiti Big Stage minggu lalu komposer Ajai diundang sebagai juri jemputan bagi bergandingan bersama dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan.

Bagaimanapun Ajai dilihat lebih tegas dalam pemberian markah terhadap peserta program itu.

Dalam pada itu, Siti berkata, dia mengharapkan peserta program itu dapat memberikan yang terbaik pada persembahan minggu hadapan.

“Beberapa minggu sahaja lagi yang tinggal. Saya harap peserta tidak mensia-siakan peluang yang ada.

Netizen mempertikaikan pemberian markah terhadap Dinda yang didakwa terlupa lirik sewaktu persembahan minggu ke-3 Big Stage.

“Saya harap selepas ini mereka all out. Setakat ini saya ada kurang daripada lima nama yang saya rasa mampu untuk melayakkan diri hingga ke final,” ujarnya.

Terdahulu, netizen mempertikaikan pemberian markah terhadap peserta Big Stage dari Indonesia iaitu Dinda Permata yang disifatkan tidak adil dan berat sebelah gara-gara peserta itu yang dianggap terlupa lirik sewaktu melakukan persembahan.

Dinda Permata diberikan sebanyak 80 peratus oleh juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza manakala Cakra Khan memberikan sebanyak 75 peratus dan juri jemputan Ajai memberikan 31 peratus.

10 peserta Big Stage yang bakal berentap pada minggu kelima Ahad depan.

Perkara itu mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen yang turut mempertikaikan pemberian markah oleh penyanyi lagu Anta Permana itu yang dilihat jauh berbeza dengan juri jemputan.

Sementara itu, program Big Stage 2019 yang memasuki minggu keempat menyaksikan Fieya Julia yang membawa lagu berjudul Haram bersama rakan duetnya Sufian Suhaimi tersingkir.

Fieya bagaimanapun diselamatkan oleh Siti yang menggunakan imuniti sekaligus tiada penyingkiran berlaku pada minggu keempat.

Big Stage, Siti Nurhaliza, markah

Artikel Lain