suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nadzmi Adhwa sah suami Ardell Aryana

Nadzmi Adhwa sah suami Ardell Aryana dengan sekali lafaz.

PASANGAN pelakon Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana selamat disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis sederhana yang diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Seri Kembangan, Selangor pada Ahad.

Dengan sekali lafaz, pasangan ini dinikahkan oleh Imam Masjid Al Mutaqqin Seri Kembangan, Ustaz Hafiza Hafiz pada pukul 5.31 petang.

Ardell atau nama sebenar Nurul Hidayah Mohd Amin, 29, menerima hantaran senaskhah Al-Quran dan mas kahwin RM300 serta masing-masing menyerahkan dua dulang hantaran.

Sekitar majlis akad nikah mereka pada petang Ahad.

Al-Quran itu merupakan hadiah yang diberikan oleh Ardell semasa majlis merisik dan dipulangkan semula sebagai hantaran selepas dibaca dan difahami tafsirnya.

Sementara itu, Nadzmi, 26, menyifatkan jodohnya dengan pelakon itu dipanjangkan atas doa peminat.

"Semua ini atas doa peminat yang mahukan kami bertemu jodoh dan akhirnya doa itu dimakbulkan. Alhamdulillah!," katanya.

Dalam pada itu, pasangan ini masih belum menetapkan tarikh untuk majlis resepsi dan berbulan madu.

Terdahulu, pasangan pelakon drama Namaku Bedah ini sudah mengenali antara satu sama lain sejak kira-kira lapan tahun lalu.

Artikel Lain