“Jangan nampak sangat seolah-olah terdesak nak pasangan” - Peminat salah sangka Joy Revfa kecewa sikap buruk teman, nafi tuju kepada kekasih - Hiburan | mStar

“Jangan nampak sangat seolah-olah terdesak nak pasangan” - Peminat salah sangka Joy Revfa kecewa sikap buruk teman, nafi tuju kepada kekasih

Joy kecewa dengan sikap individu yang suka mengambil kesempatan terhadap kawan sendiri. Foto Instagram @joyrevfa

LUAHAN hati usahawan kosmetik, Joy Revfa mengenai sikap individu yang suka mengambil kesempatan terhadap kebaikan orang lain mengundang simpati netizen.

Joy atau nama sebenarnya Arifah Mohd Amin meluahkan rasa kecewa apabila individu yang dikenalinya menghilangkan diri selepas mendapat apa yang diinginkan.

Ekoran itu, peminat menasihati Joy Revfa supaya tidak terlalu terdesak untuk memiliki pasangan dan mencari lelaki yang benar-benar ikhlas dalam perhubungan.

ARTIKEL BERKAITAN: Joy Revfa belum sedia dedah identiti kekasih, tak nak ‘pisang berbuah dua kali’

ARTIKEL BERKAITAN: Joy Revfa beri bayangan dirisik lelaki misteri iras pelakon drama

"Murah sangat bagi hati, itu padahnya. Jangan nampak sangat seolah-olah awak terdesak nak berpasangan, kerjaya ada rupa ada. Baik awak gembirakan anak dan keluarga.

"Jadi ibu tunggal kena kuat! Tak ada lelaki boleh hidup apa, belum tiba masanya Allah nak bagi.

Luahan Joy Revfa di Instagram menarik perhatian pengikut.

"Kuatkan diri, jangan terlalu tunjuk rasa sayang dekat lelaki, nanti lelaki ambil kesempatan kena cari betul-betul, sebab ada yang datang hanya sekadar menguji," komen pengikut.

Sebelum itu, Joy menerusi muat naik tersebut meluahkan rasa kecewa apabila ada kenalan mendampinginya hanya untuk mendapatkan sesuatu dan setelah impian itu tercapai individu berkenaan menghilangkan diri.

Tak ada kena mengena dengan lelaki atau teman lelaki saya, ini ditujukan pada kawan-kawan yang suka ambil kesempatan!

JOY REVFA

USAHAWAN KOSMETIK

Enggan membiarkan pengikut terus berteka-teki mengenai kapsyennya itu, Joy berkata mesej tersebut bukan ditujukan kepada teman lelaki.

"Tak ada kena mengena dengan lelaki atau teman lelaki saya, ini ditujukan pada kawan-kawan yang suka ambil kesempatan.

"Sedih dengan sikap kawan, lepas dapat... tup tup hilang dan lesap. Tak dapat Joy nak membalas apa-apa pada individu tersebut.

Peminat buat spekulasi Fahmy Reza didakwa kekasih baharu Joy Revfa.

"Semoga mereka diberi hidayah dari Allah SWT dan Allah adalah sebaik-baik pelindung," tulisnya.

Terdahulu, bekas isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun itu mengakui sedang mengenali hati budi seseorang lelaki namun belum bersedia mendedahkan identiti jejaka tersebut.

Bagaimanapun, peminat mendakwa lelaki berkenaan merupakan pelakon baharu yang pernah membintangi beberapa drama seperti Split, Makmum Yang Paling Aku Cinta dan Kerna Syurga Bukan Percuma iaitu Fahmy Reza.

Aktor berusia 29 tahun itu turut mengakui sedang menyelami hati budi Joy, namun enggan terlalu terbuka berkongsi mengenai kisah peribadi.

Joy Revfa

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain