“Pelik! asal Nabila Razali semua salah” - Penonton banding nyanyian Han-Byul dengan penyanyi asal 'Vroom Vroom' - Hiburan | mStar

“Pelik! asal Nabila Razali semua salah” - Penonton banding nyanyian Han-Byul dengan penyanyi asal 'Vroom Vroom'

Penonton membandingkan kualiti vokal penyanyi asal lagu Vroom Vroom iaitu Nabila Razali dengan Han-Byul.

NAMPAKNYA penyanyi Nabila Razali terus menjadi bahan kritikan netizen yang mempertikaikan mutu nyanyiannya walaupun ketika menyampaikan lagu sendiri.

Terkini, keupayaan Nabila menyanyi secara langsung dibandingkan pula dengan peserta Big Stage 2019, Han-Byul yang membuat persembahan lagu Vroom Vroom di konsert minggu kedua program berkenaan pada Ahad.

Rata-rata berpendapat kualiti vokal dan persembahan peserta dari Korea itu jauh lebih baik berbanding Nabila selaku penyanyi asal.

ARTIKEL BERKAITAN: Han-Byul dapat 'standing ovation', Sheryl Shazwanie peserta pertama tersingkir Big Stage musim kedua

ARTIKEL BERKAITAN: “Suara bodoh tu macam mana?” - Nabila Razali sedia dikecam bukan dengan perkataan kesat

Namun Nabila, 27, bagaikan sudah lali dengan perbandingan seperti itu berpendapat setiap penyanyi mempunyai cara tersendiri ketika membuat persembahan.

"Saya sedar ada yang membandingkan cara nyanyian kami, ada yang kata dia nyanyi lagu Vroom Vroom lagi baik dari saya.

"Saya tak kisah tentang komen penonton itu, cumanya pada saya tak perlulah ada perbandingan begitu. Setiap penyanyi ada cara tersendiri nak sampaikan lagu dan dalam pertandingan setiap peserta pastinya akan buat lebih baik daripada penyanyi asal.

Nama Nabila Razali, Han-Byul dan Vroom Vroom menjadi trending di Twitter.

"Kalau kita tengok artis luar negara pun banyak buat cover lagu orang lain dan lebih sedap berbanding penyanyi asal, tapi orang tak kata... peliknya asal Nabila Razali sahaja mesti ada salah!," katanya kepada mStar.

Pada konsert minggu kedua, peserta berasal dari Korea Selatan itu menyampaikan lagu Vroom Vroom nyanyian asal Nabila dan menerima standing ovation daripada juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika.

Persembahan bertenaga Han-Byul itu turut melayakkan dia menerima markah tertinggi iaitu sebanyak 89.33 peratus meninggalkan 11 peserta yang lain.

Malah, nama Han-Byul dan Nabila Razali turut menjadi trending di laman Twitter.

Persembahan Han-Byul terima pujian ramai.

Meskipun sibuk dengan pelbagai aktiviti seni, Nabila berkata dia tetap hadir ke konsert tersebut bagi memberikan sokongan kepada peserta berusia 29 tahun itu.

"Walaupun jadual saya pada hari itu agak padat, tapi saya cuba curi-curi waktu untuk ke konsert tersebut bagi menyaksikan persembahan Han-Byul.

"Mujurlah dia peserta terakhir buat persembahan jadi dapatlah saya tengok secara langsung.

Perjalanan 11 peserta diteruskan selepas penyingkiran peserta pertama, Sheryl Shazwanie.

"Saya sangat terharu dan berasa bangga apabila orang luar mampu bawa lagu itu dengan baik mengikut caranya sendiri. Dia sangat bagus!," ujarnya.

Ditanya adakah dia bersedia untuk bergandingan bersama penyanyi yang popular dengan lagu Time Is Up itu, Nabila berkata dia menerima dengan hati terbuka jika ada tawaran sedemikian.

"Mestilah nak! Insya-Allah kalau ada rezeki dan tawaran semestinya saya tidak menolak," katanya.

Big Stage 2019 bersiaran secara langsung dari Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor setiap Ahad pukul 9 malam.

Nabila Razali , Han-Byul

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain

Tiga lagi positif koronavirus