“Segelintir pelakon tak suka tapi saya tertunggu-tunggu” - Siti Elizad anggap kecaman netizen tanda lakonan menjadi - Hiburan | mStar

“Segelintir pelakon tak suka tapi saya tertunggu-tunggu” - Siti Elizad anggap kecaman netizen tanda lakonan menjadi

Elizad akui dia sentiasa menunggu kecaman netizen mengenai watak yang dilakonkan.

PELAKON Siti Elizad memberitahu dia lebih suka sekiranya setiap watak yang dilakonkan dalam sebuah drama menerima kecaman netizen di laman sosial.

Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 35, berkata biarpun ada segelintir pelakon yang tidak menyukai perkara itu namun ia sebenarnya menandakan lakonan tersebut berjaya.

ARTIKEL BERKAITAN: "Doktor saran ambil ubat kesuburan sebelum buat IVF" - Siti Elizad henti buat rawatan wajah demi dapatkan zuriat

"Sejujurnya saya memang suka dengan kecaman. Kadang-kadang saya tertunggu-tunggu juga bila la orang nak kecam saya di Instagram.

Bagi Elizad, lakonannya menjadi apabila menerima kecaman netizen.

"Tapi kecaman itu biarlah mengenai watak yang saya bawa sebab bagi saya, bila orang kecam tu maknanya lakonan saya menjadilah.

"Mungkin ada segelintir pelakon tak boleh terima kerana mereka menganggap ia sekadar lakonan tapi saya tak kisah sebab dapat hidupkan watak itu," kata Elizad kepada mStar.

Kadang-kadang saya tertunggu-tunggu juga bila la orang nak kecam saya di Instagram

SITI ELIZAD

PELAKON

Watak Elizad sebagai Nia Athirah menerusi drama Aku Yang Kau Tinggalkan yang ditayangkan sepanjang bulan Ramadan lalu berjaya membuatkan penonton terkesan.

Malah, gandingan semula Elizad dengan pelakon Ungku Ismail juga mengubat kerinduan peminat selepas kali terakhir mereka membintangi drama Teman Lelaki Upahan pada 2015.

Elizad bimbang sekiranya kerap bergandingan dengan Ungku membuatkan penonton berasa bosan.

Dalam pada itu, Elizad mengakui dia ada menolak beberapa tawaran berlakon bersama Ungku sebelum ini disebabkan bimbang peminat berasa bosan melihat gandingan mereka.

"Saya sangat selesa dan senang bekerja dengan Ungku sebab kami dah berkawan lama. Sebelum ini memang ada dapat beberapa tawaran untuk bergandingan selepas tamat drama Teman Lelaki Upahan.

"Tapi kami tolak kerana takut penonton akan bosan. Biarlah peminat rasa rindu, barulah kami muncul semula," ujarnya.

Siti Elizad , Ungku Ismail

Artikel Lain

Beruang pula masuk kampung