“Jangan buat tuduhan jahat, berhenti kerja dahulu sebab urus bisnes keluarga” - Amaris kembali 'himpit' Vida - Hiburan | mStar

“Jangan buat tuduhan jahat, berhenti kerja dahulu sebab urus bisnes keluarga” - Amaris kembali 'himpit' Vida

Amaris membantu Datuk Seri Vida menguruskan hal pemasaran perniagaan jutawan itu.

PELAKON Putra Amaris menjelaskan hubungan baik yang kembali terjalin dengan jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida tidak lebih sekadar rakan perniagaan.

Amaris atau nama sebenarnya Muhammad Amran Ismail, 33, berkata, dia kini membantu dalam menguruskan hal pemasaran dan perniagaan milik usahawan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas PA tuduh Amaris, Datuk Vida bercinta... Amaris mahu bersemuka!

ARTIKEL BERKAITAN: Amaris angkat kaki, tak mahu dikaitkan dengan Vida lagi

"Saya tak mahu bahaskan mengenai perkara ini. Cukuplah jika mereka tahu kami tidak mempunyai apa-apa hubungan selain daripada rakan sekerja.

"Selain itu, saya membantu sekolah tahfiz di Ipoh milik beliau agar ia terus beroperasi.

"Saya banyak membantu dari segi marketing untuk mempromosikan produk beliau. Dalam masa sama dia sangat berbesar hati untuk mengajar saya cara berniaga," katanya kepada mStar.


Amaris menjelaskan hubungannya dengan Datuk Seri Vida tidak lebih dari rakan kongsi.

Amaris ditemui pada sidang media Majlis Pelancaran lagu rasmi Starlela & Tour Star Vendors Sabah Mega Fest 2019 di Red Box The Garden, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu, Amaris tidak mahu tindakannya berhenti kerja sebelum ini mengundang tanggapan negatif dan tuduhan jahat terhadap usahawan itu.

"Saya berhenti bekerja dengan Vida sebelum ini adalah kerana mahu membantu perniagaan keluarga. Waktu itu ayah saya baharu meninggal dunia. Saya terpaksa membantu ibu menguruskan perniagaan ayah yang sudah lebih 20 tahun.

Saya tak mahu sebarang tuduhan jahat dikaitkan dengan Vida kerana dia seorang yang sangat baik terhadap saya.

PUTRA AMARIS

PELAKON

"Mungkin apa yang berlaku sebelum ini adalah kesilapan diri saya sendiri dan untuk itu saya ingin memohon maaf.

"Saya tak mahu sebarang tuduhan jahat dikaitkan dengan Vida kerana dia seorang yang sangat baik terhadap saya," katanya.

Perkara itu dijelaskan Amaris selepas kehadirannya dalam beberapa majlis melibatkan usahawan terkenal itu mengundang pelbagai spekulasi.


Artikel Lain