suria

Amaris angkat kaki, tak mahu dikaitkan dengan Vida lagi

Amaris dedah diganggu individu tidak dikenali

PELAKON Putra Amaris menegaskan dia kini sudah tidak mempunyai sebarang kaitan dengan jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman.

Menurut Amaris atau nama sebenarnya Muhammad Amran Ismail, penjelasan itu perlu dibuat bagi membersihkan namanya daripada terus 'digam' stesen televisyen ekoran mempunyai hubungan baik dengan usahawan itu.

"Hubungan rapat saya hamba Allah tersebut sudah lama berakhir, saya tidak mahu lagi dikaitkan dengannya. Beberapa isu yang terpalit terhadapnya turut memberi kesan tidak baik kepada saya malah kehidupan saya juga diganggu beberapa individu tidak dikenali yang menyangka saya merupakan penolong peribadinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Apa motif Amaris ‘himpit’ Vida selepas PA dipecat?

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa mesra dengan Putra Amaris, Vida mohon doa yang baik-baik

Amaris pernah menimbulkan tanda tanya apabila 'mendampingi' seorang jutawan kosmetik terkenal.

"Sejujurnya saya diberitahu oleh beberapa penerbit drama yang nama saya 'ditendang' dalam senarai barisan pelakon kerana dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan beliau.

"Ia sedikit sebanyak menganggu periuk nasi saya sebagai seorang pelakon. Malah saya sedang merancang untuk mengadakan satu sidang media khas dalam masa terdekat," kata Amaris kepada mStar.

Menerusi laporan mStar sebelum ini, Amaris mengakui bekerjasama rapat dengan Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida.

Selain kerap memuat naik foto bersama di media sosial, Amaris turut membantu perniagaan Vida dalam menguruskan hal pemasaran.

Dalam pada itu, pelakon drama Iktibar ini berkata dia kini lebih terbuka untuk berkongsi kehidupan peribadinya berbanding sebelum mempunyai cahaya mata.

Amaris akui kini selesa 'tayang'  kisah keluarga di media sosial.

"Saya akui sebelum ini lebih suka menyendiri dan enggan berkongsi kehidupan peribadi di media sosial. Namun ia mula hilang selepas bergelar bapa sejak enam bulan lalu.

"Saya yakin ini adalah rezeki daripada Allah yang perlu dikongsi bersama para peminat. Sejujurnya saya teruja dengan kurniaan ini," tambah Amaris.

Amaris, Datuk Seri Vida

Artikel Lain