suria

“Doakan anak saya selamat”- Keadaan kesihatan anak Sharnaaz masih belum stabil

Sharnaaz memohon maaf kerana terpaksa membatalkan kehadirannya pada saat akhir. Foto Instagram @sharnaazahmad

PELAKON Shaarnaz Ahmad memberitahu keadaan kesihatan anaknya iaitu Jebat Jayden masih belum stabil dan memerlukan rawatan kecemasan.

Memaklumkan mengenai perkara itu di Instagram, Sharnaaz turut meminta orang ramai mendoakan kesihatan anak lelakinya itu.

"Doakan anak saya selamat, Jebat dalam keadaan kurang baik, doalah di bulan mulia ini, terima kasih untuk Jebat Jayden Ahmad Sharnaaz Ahmad.

"I love you sayang. Doakan Jebat. I am half brave then you my boy. Your name make you so strong insya-Allah. Strong like your name my Jebat, our Jebat.. baba love you so much," tulisnya.

Pada Khamis lalu, Jebat Jayden Ahmad berusia lapan bulan selamat menjalani pembedahan akibat jangkitan saluran kencing (UTI).

ARTIKEL BERKAITAN: “Jebat akan kembali sihat”- Anak Sharnaaz Ahmad selamat jalani pembedahan

Perkongsian Sharnaaz di Instagram.

Dalam pada itu, Sharnaaz turut memohon maaf kerana terpaksa membatalkan semua majlis yang sepatutnya dihadiri pada Ahad.

"Maaf saya tak dapat ke semua event malam ini (Ahad). Harap semua memahami keadaan Jebat tak stabil dan perlukan rawatan susulan kecemasan. Maaf," tulisnya.

Jebat yang dilahirkan pada 30 Ogos tahun lalu ialah anak sulung hasil perkahwinan Sharnaaz dengan Noor Nabila Mohd Noor.

Sharnaaz dan Nabila, 35, berkahwin pada 31 Mac 2017 dan pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki pada 30 Ogos tahun lalu.

Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden

Artikel Berkaitan

Artikel Lain