“Kenapa saya dikaitkan?” - Maya Karin terkejut nama 'dipetik' punca Nik Nazmi bercerai - Hiburan | mStar

“Kenapa saya dikaitkan?” - Maya Karin terkejut nama 'dipetik' punca Nik Nazmi bercerai

Maya terkejut dikaitkan dengan perceraian Nik Nazmi.

PELAKON terkenal Maya Karin menafikan dia menjadi punca perceraian Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad dengan Dr. Imaan Abdul Rahim.

Seperti dilaporkan Utusan, Maya berkata, hubungannya dengan ahli politik tersebut hanya sebagai kenalan biasa.

"Saya berkawan dengan ramai ahli politik. Pada usia saya sekarang, saya lebih selesa untuk berkenalan dan berbincang dengan golongan tersebut, dan ya, saya kenal dia (Nik Nazmi).

ARTIKEL BERKAITAN: Mahligai 14 tahun Nik Nazmi musnah, cerai isteri talak satu

“Tetapi saya tidak tahu dari mana datangnya cerita ini dan kenapa saya dikaitkan.

“Saya berharap mereka (Nik Nazmi dan bekas isteri) dapat menghadapi dugaan itu dan teruskan menjalani kehidupan,” ujarnya.

Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, 39, diminta mengulas mengenai dakwaan dia dikatakan menjadi orang ketiga sekali gus punca Nik Nazmi dan Dr. Imaan berpisah setelah 14 tahun berumah tangga.

Pelakon filem Munafik 2 itu menganggap ia sekadar kontroversi dan perkara biasa.

Katanya, dia juga sering dikaitkan dengan beberapa ahli politik sebelum ini.

“Dakwaan sebegini tidak membuatkan saya melenting atau rasa apa-apa. Saya sudah lali,” ujarnya.

Terdahulu, Nik Nazmi, 37, dilaporkan bercerai talak satu dengan Dr. Imaan, 36, di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Selasa.


Maya Karin , Nik Nazmi

Artikel Lain