suria

Mas Khan tak nak buka aib sesiapa, enggan ambil tahu mengenai Fazreen lagi

Mas Khan tidak mahu netizen mengaitkan dirinya dengan bekas teman wanita.

PELAKON Mas Khan enggan mendedahkan punca percintaannya yang dibina selama empat tahun dengan finalis Dewi Remaja, Fazreen Fazera putus di tengah jalan.

Mas Khan atau nama sebenarnya Mas Hidzhir Khan Mas Fadzillah Khan, 25, berkata, sebarang kenyataan yang dibuat hanya akan mengeruhkan keadaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mas Khan terkejut dengar suara tak senonoh di bilik hotel

ARTIKEL BERKAITAN: Mas Khan akhirnya miliki Ducati berharga RM110,000

"Saya tidak dapat menghalang kalau netizen buat andaian mereka berdasarkan apa yang dimuat naik di laman sosialnya.

"Lagipun saya tak nak buka aib sesiapa. Takut ia akan mengeruhkan lagi keadaan," katanya kepada mStar.


Fazreen memberitahu hubungan cinta bersama Mas Khan sudah berakhir.

Pelakon filem Abang Long Fadil 2 diminta mengulas mengenai beberapa kenyataan bekas teman wanita yang mengatakan hubungan mereka sudah berakhir.

Fazreen ketika menjawab soalan pengikut Instagram mengenai punca hubungan itu berakhir berkata, dia tidak memerlukan pihak ketiga dalam hubungan tersebut.

Dalam pada itu, Mas meminta tidak dikaitkan lagi dengan wanita itu dan menganggap hubungan tersebut berakhir disebabkan tiada jodoh antara mereka.

"Kalau boleh saya tak mahu ambil tahu apa-apa tentang dia lagi.

"Memang saya dah putus dengan dia (Fazren) selepas empat tahun kami bersama.

"Sebab hubungan kami pun sudah berakhir, tiada sebab untuk saya bercakap mengenainya lagi," katanya.

Mas Khan, Fazreen Fazera

Artikel Lain