“Ini dinamakan jodoh melintas depan mata”- Fahrin buka kisah 20 tahun lalu menang pakaian terbaik dengan isteri - Hiburan | mStar

“Ini dinamakan jodoh melintas depan mata”- Fahrin buka kisah 20 tahun lalu menang pakaian terbaik dengan isteri

Fahrin berkongsi foto yang dirakam kira-kira 17 tahun lalu. Foto Instagram @fahrinahmad_fa

PELAKON Fahrin Ahmad tidak menyangka wanita dalam foto yang pernah bergambar bersamanya 20 tahun lalu iaitu Elena Eleas kini menjadi isterinya.

Menurut Fahrin, 40, foto itu dirakam ketika dia dan isteri menjadi pemenang pakaian terbaik dalam satu majlis makan malam yang dianjurkan di kampus mereka.

"Masa ni Elena poyo dan jual mahal, dia tak tahu yang sebelah dia tu bakal suami dia 17 tahun kemudian. Ni lah namanya jodoh pernah melintas depan mata.

"Kami memenangi anugerah pakaian terbaik lelaki dan perempuan di majlis makan malam matrikulasi di Institut Teknologi Mara, Shah Alam (kini dikenali UiTM).

Fahrin dan Elena berkongsi foto di Instagram.

"Kami tak berkawan, hanya batchmate. Jangan main-main, kain samping senteng you all," tulisnya di Instagram pada Khamis.

Sementara itu, Elena pula menerusi akaun Instagramnya turut memuat naik foto yang sama berserta kapsyen ucapan istimewa bersempena ulangtahun kelahiran suaminya itu.

"Selamat hari jadi ke-40 kepada the handsome man in blue Fahrin Ahmad. I love you. Gambar ini diambil semasa makan malam fakulti undang-undang.

"Sayang kenapa you nak ambil gambar dengan I masa ni? I tak kawan you pun... tak apalah selamat ulangtahun ke-4 untuk kita. Love you sayang!," kata Elena.

Keluarga bahagia... Fahrin bersama isteri dan anak.

Rata-rata pengikut terhibur dengan kapsyen yang ditulis pelakon drama Setelah Cinta Itu Pergi ini dan mendoakan supaya perkahwinan mereka berkekalan selamanya.

"Tak sangka jodoh kan? Kenapa anda tak perasan yang anda berdua sebenarnya seiras sejak 17 tahun lalu.

"Jodoh tu rahsia Allah, kadang-kadang depan mata je, cantik sungguh perancangan Allah," komen pengikut.

Fahrin berkahwin dengan Elena Hani Eleas, 39, pada 9 Mei 2015 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Khalifa Fahrel yang kini berusia tiga tahun.

Fahrin Ahmad , Elena Eleas

Artikel Lain

Tun M pandu Proton Saga baharu