suria

“Kes selesai cara baik, tiada siapa kalah atau menang”- Linda Rafar tak perlu bayar ganti rugi seperti didakwa

Kedua-dua pihak memilih jalan penyelesaian terbaik.

PENYANYI Linda Rafar menjelaskan perbicaraan kes antara dia dan jururawat di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Rabu tidak diteruskan selepas kedua-dua belah pihak memilih untuk menyelesaikannya secara baik.

Linda, 41, berkata kenyataan individu bergelar doktor itu yang mengatakan kemenangan berpihak kepada jururawat itu tidak benar kerana tiada kes yang dibicarakan selepas persetujuan luar mahkamah dibuat.

“Sebenarnya, semalam (Rabu) perbicaraan kes itu di Mahkamah Sesyen Shah Alam tidak diteruskan kerana kedua pihak sudah selesaikan cara baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Persetujuan luar mahkamah, Linda Rafar diminta buat permohonan maaf

ARTIKEL BERKAITAN: “Walaupun tindakan telah diambil tapi hati saya tidak tenang”- Linda Rafar mohon maaf kepada netizen

“Tiada siapa kalah atau menang sebab kes tidak disebut. Peguam saya Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli mencadangkan untuk menyelesaikan perkara ini secara baik selepas mengambil kira semua aspek.

“Apatah lagi sekarang kita menyambut Ramadan dan kedua-dua pihak pun bersetuju. Saya anggap perkara ini sudah selesai selepas persetujuan di luah mahkamah dibuat,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, menerusi Facebook Dr Rusyainie mendedahkan isu antara selebriti itu dan jururawat telah selesai dengan kemenangan berpihak kepada jururawat terlibat selepas persetujuan luar mahkamah dibuat.

Dalam pada itu, Linda menjelaskan tiada ganti rugi yang perlu dibayar kepada pihak badan bukan kerajaan (NGO) Delegation of Nurses (DON) seperti yang didakwa.

“Saya tak perlu bayar ganti rugi apa-apa pun kepada pihak tersebut. Sebab semuanya sudah selesai secara baik kerana pihak terlibat dalam kes ini tidak melibatkan DON,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia turut membuat permohonan maaf secara spesifik di instastorynya kepada pemegang akaun instagram iaitu jururawat di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Difahamkan individu itu sebelum ini memfailkan saman terhadap penyanyi itu ekoran tindakan Linda yang tersalah pandang dan menyangka mengugut dirinya sebelum memuat naik di IG.

Sebelum ini, Linda melahirkan rasa kecewa terhadap sekumpulan jururawat di sebuah hospital di Shah Alam yang didakwa memberi layanan buruk apabila permintaannya untuk menukar cadar katil ibunya tidak diendahkan pada Disember tahun lalu.

Susulan insiden itu, pihak Delegation of Nurses (DON) mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap selebriti wanita berkenaan.

Linda Rafar

Artikel Lain