suria

“Saya selesa dengan hero tinggi”- Farah Nabilah idam berlakon disamping Remy Ishak

Farah teringin untuk bekerjasama dengan Remy Ishak dalam drama.

SELEPAS bergandingan dengan beberapa hero drama popular seperti Zul Ariffin, Syafiq Kyle dan Fikry Ibrahim, pelakon Farah Nabilah menyatakan hasrat untuk berlakon bersama aktor sensasi Remy Ishak.

Farah atau nama sebenarnya Farah Nabilah Saipuddin, 27, berkata dia melihat personaliti dan fizikal Remy sesuai menjadi heronya dalam drama.

"Zul Ariffin, Syafiq Kyle dan Fikri, saya dah cuba bergandingan, bagi saya setiap pelakon lelaki tu berbeza.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan Obses, Kami Tidak Bercinta” - Farah Nabilah

ARTIKEL BERKAITAN: Farah Nabilah jawab khabar angin sudah bertunang


Farah pernah bergandingan dengan Fikry, Zul dan Syafiq.

"Selepas ini kalau diberi peluang, saya nak bekerjasama dengan Remy Ishak. Saya lebih selesa bergandingan dengan pelakon lelaki yang tinggi.

"Jadi, Remy antara pelakon lelaki yang mempunyai ciri-ciri itu sesuai menjadi hero saya dalam drama selain bakat lakonannya yang hebat," kata Farah kepada mStar.

Farah ditemui ketika acara Char-Tea In Love with Farah Nabilah @ Friends di Dewan Tun Hussien Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada Ahad.

Sebelum ini, gandingan Farah dan Zul menerusi drama bersiri Titian Cinta mendapat sambutan hangat daripada netizen yang suka melihat lakonan mereka.

Kemudian, Farah bergandingan pula dengan Syafiq Kyle menerusi drama iklan Mocha Kau Bahagia.


Farah Nabilah.

Manakala, lakonan bersama Fikry menerusi drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek juga mendapat perhatian penonton yang suka dengan gandingan tersebut.

Dalam pada itu, Farah memberitahu dia sekali lagi bakal bergandingan dengan Fikry menerusi drama Kau Yang Pertama.

Menurut Farah, dia senang dan selesa bekerjasama dengan Fikry kerana mereka boleh berbincang mengenai jadual penggambaran.

"Insya-Allah Jumaat ini saya akan mula penggambaran drama terbaharu dan saya akan bergandingan dengan Fikry buat kali kedua.

"Buat masa sekarang, saya selesa dan mudah bekerjasama dengan Fikry sebab kami boleh berbincang mengenai jadual penggambaran," ujarnya.

Artikel Lain