“Dengan rendah hati saya mohon maaf”- Bapa Zahirah takut Aiman tersinggung - Hiburan | mStar

“Dengan rendah hati saya mohon maaf”- Bapa Zahirah takut Aiman tersinggung

Zainol sedia menjadi wali perkahwinan Zahirah dan Aiman kelak.

PELAKON Zainol MacWilson memohon maaf jika pandangan mengenai hubungan anaknya, Zahirah MacWilson dengan Aiman Hakim Ridza sebelum ini menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Jelas Zinol, 60, dia tidak bermaksud enggan memberi restu terhadap hubungan istimewa pasangan yang sedang hangat bercinta itu.

ARTIKEL BERKAITAN: "Orang cerita macam-macam fasal Aiman" - Bapa Zahirah kata restu dia juga penting


Aiman dan Zahirah hangat dilamun cinta.

"Bukannya saya tidak restu hubungan istimewa mereka, tapi saya masih belum kenal keperibadian Aiman.

"Jadi tiada istilah saya tidak memberi restu. Tapi jika Aiman terasa hati dengan kenyataan saya sebelum ini, saya dengan rasa rendah hati memohon maaf," katanya kepada mStar.

Saya dengan rasa berbesar hati memberi restu dan sedia menjadi wali jika mereka mahu mendirikan rumah tangga kelak.

ZAINOL MACWILSON

Menerusi laporan mStar Khamis lalu, Zainol memberitahu dia hanya mengetahui mengenai hubungan intim anak gadisnya dengan aktor Aiman menerusi laporan berita dan media sosial.

Kata Zainol, dia belum berkesempatan untuk mengenali Aiman secara peribadi sebaliknya hanya mendengar cerita mengenai pelakon tersebut daripada pihak luar.

Bagaimanapun, Zainol beranggapan kemungkinan kenyataan tersebut telah menyinggung perasaan pelakon drama Curi-Curi Cinta tersebut.

Bagaimanapun ujar Zainol, sebagai bapa dia sedia merestui hubungan Zahirah dan Aiman termasuk untuk tampil sebagai wali.

Zainol sedia menjadi wali kepada Zahirah.

"Kalau ini pilihan mereka, saya dengan rasa berbesar hati memberi restu dan sedia menjadi wali jika mereka mahu mendirikan rumah tangga kelak.

"Langsung tidak wujud sebarang isu antara saya dan kekasih Zahirah, ia cuma salah faham. Saya juga tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak," tambah Zainol.

Kisah percintaan antara Zahirah dan Aiman mendapat perhatian ramai Disember lalu apabila masing-masing memuat naik gambar yang sama di Instagram mereka berserta kasyen romantis.

Artikel Lain

Agong bantu mangsa kemalangan