suria

Orang Melaka... Suria nak belanja makan!

Jelajah Suria yang telah berlangsung sabtu lepas di Aman Central, Alor Setar.

SELEPAS berakhirnya acara Jelajah Suria di beberapa negeri, peminat Suria di sekitar Melaka pula berpeluang menyertai program mini jelajah 'Suria Belanja Makan'  Sabtu ini.

Acara ini akan bermula di Restoran Lot Lapan Lima, Jalan Hang Li Po pada pukul 12.00 tengahari dan kemuduainnya di Mango Float Royale, Batu Berendam Melaka pada pukul 4.00 petang.

Dengan hanya menunjukkan aplikasi SURIA yang telah dimuat turun di telefon pintar, 100 pendengar terawal akan diberikan peluang menyertai acara ini iaitu untuk sama-sama menikmati makan tengah hari dan minum petang bersama penyampai Suria.

Menurut Pengurus Kanan Suria, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin, program mini jelajah ini memberi peluang kepada peminat untuk beramah mesra sambil menjamu selera bersama penyampai Suria dengan lebih dekat.

"Program sebegini telah pun dianjurkan pada tahun lalu dimana penyampai Suria ke Terengganu dan Pahang untuk belanja peminat sarapan dan makan malam.

"Malah, mereka juga boleh rebutkan peluang untuk memenangi sebahagian daripada wang tunai berjumlah RM25,000 menerusi peraduan Super Terer Suria bermula 8 hingga 26 April ini.

Dari kiri Fizi Ali, Izzue Islam dan Issey.

"Jadi pemanggil pertama di talian 0377242115 apabila mendengar isyarat memanggil ke udara menerusi segmen Team Pagi Suria, Gaya Suria, Suria Petang dan Suria Cinta. Anda perlu meneka dua nama penyanyi dan tajuk lagu yang di ‘mash-up’ kan dalam masa 10 saat," tambah DJ Lin.

Dalam perkembangan lain, Izzue Islam telah memulakan tugasnya sebagai salah seorang Selebriti Super 8 sebagai penyampai jemputan daripada lapan orang selebriti di segmen Team Pagi Suria bersama Fizi Ali dan Issey di lokasi Jelajah Suria yang terakhir dan ke udara sejak 8 April hingga Jumaat.

Selain itu, bekas penyampai radio, Fara Fauzana akan mengubat kerinduan peminat-peminatnya apabila bakal mengendalikan slot Team Pagi Suria bersama penyampai Fizi Ali dan Issey selama seminggu bermula pada 15 April 2019.

Selebriti Super 8 Team Pagi Suria yang terakhir iaitu Ali Puteh akan ke udara bermula pada 22 hingga 26 April 2019.

Artikel Lain