Jangan terpedaya penipu jual tiket konsert Siti Nurhaliza - Hiburan | mStar

Jangan terpedaya penipu jual tiket konsert Siti Nurhaliza

Konsert Siti Nurhaliza di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur akan berlangsung pada 16 Mac ini.

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mendedahkan ada pihak tidak bertanggungjawab (scammer) yang bertindak menjual tiket bagi menyaksikan konsert solonya yang bakal berlangsung pada 16 Mac ini Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, Siti, 40, meminta agar semua peminatnya yang ingin mendapatkan tiket tersebut agar tidak terpedaya dengan penipuan tersebut.

"Saya mendapat aduan daripada peminat bahawa ada scammer yang menjual tiket yang kononnya tiket ke konsert saya di Axiata Arena Bukit Jalil pada 16 Mac ini. Jangan terpedaya ya," katanya seperti ditulis di Instagram.

Siti memuat naik status meminta peminatnya berhati-hati. 

Sebelum ini, Siti sudah menjejalah ke dua buah negara untuk siri konsert jelajah Siti Nurhaliza on Tour iaitu di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia pada 21 Februari dan Singapore Expo, Singapura, 2 Mac lalu.

Dalam pada itu, Siti berkata, dia meminta peminat tidak terpedaya dengan scammer tersebut kerana tiket untuk menyaksikan konsertnya di Kuala Lumpur sudah pun habis dijual.

Pada 25 Februari lalu, pengurus Siti, Rozi Abdul Razak memaklumkan tiket konsert tersebut sudah pun habis.

Untuk rekod, Siti pernah mengadakan Konsert Live Siti Nurhaliza 1999 dan Konsert Mega Siti Nurhaliza 2001 di lokasi sama dan tiket turut habis terjual.

Siti Nurhaliza

Artikel Lain