suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Diana Danielle mengaku banyak buat silap, tak menyesal jadi ibu usia muda

Diana tak pernah menyesal bina keluarga pada usia muda.

PELAKON Datin Diana Danielle meluahkan perasaan bersyukur apabila menjadi ibu kepada dua cahaya mata pada usia yang bakal mencecah 30 tahun.

Diana, 28, berkata, dia tidak pernah menyesal membina keluarga sebelum memasuki usia 25 tahun.

"Mereka (anak-anak) akan berusia 8 dan 6 tahun apabila saya memasuki usia 30 tahun nanti. Saya bejaya mempunyai keluarga kecil sebelum 25 tahun dan saya tidak menyesal kerana begitu awal dan kehilangan masa muda.

"Suatu perasaan yang sukar digambarkan membesar bersama anak-anak dan belajar dengan mereka," tulisnya.

Diana Danielle bersama dua anaknya.

Diana berkahwin dengan aktor Datuk Farid Kamil pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad yang kini berusia enam tahun dan Nur Aurora berumur empat tahun.

Pelakon drama Raisha ini berkata, dia melakukan banyak kesilapan tapi anak-anaknya sentiasa menyanyangi dan pada usia ini mereka hanya melihat sesuatu yang baik.

Kata-katanya, kanak-kanak mempunyai sifat pemaaf dan sentiasa saling sayang menyayangi.

"Saya buat banyak kesilapan tapi mereka sangat sayang dan pada usia ini mereka tidak melihat apa-apa kecuali yang baik-baik," ujarnya.

Diana Danielle

Artikel Lain