Marsha ‘Bimbang’… Menangis kongsi kisah selepas peluk Islam - Hiburan | mStar

Marsha ‘Bimbang’… Menangis kongsi kisah selepas peluk Islam

Marsha menitiskan air mata menceritakan kehidupan sebelum dan selepas bergelar saudara baharu.

PENYANYI Marsha Milan berasa sebak sehingga tidak mampu menahan air matanya daripada mengalir apabila dia berkongsi mengenai lagu terbaharunya iaitu Bimbang.

Menurut Marsha atau nama sebenarnya Marsha Milan Londoh, 34, lagu tersebut ada kaitan dengan perubahan serta perjalanan kehidupannya sebelum dan selepas dia memeluk Islam.

“Rasanya biarlah saya pendam sendiri benda ni. Tapi apa yang saya boleh kongsi, dalam banyak-banyak lagu saya, lagu Bimbang ni sangat dekat dengan saya.

“Mungkin liriknya menceritakan tentang kisah kehidupan seorang wanita bermadu. Tapi bagi pandangan saya pula berbeza sikit. Mungkin saya melihat lebih kepada kehidupan saya.

“Macam mana perubahan serta perjalanan sepanjang hidup saya sebelum dan selepas memeluk agama Islam dan sebagainya,” katanya kepada mStar Online.

Marsha ditemui ketika majlis pelancaran single dan muzik video terbaharunya berjudul Bimbang di Red Box, The Gardens Mall, Mid Valley, Kuala Lumpur pada Isnin.

Lagu tersebut merupakan lagu runut bunyi (OST) untuk drama popular Nur 2 hasil ciptaan Farouk Roman dan lirik oleh penyanyi Amylea Azizan.

Dalam pada itu, bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) memberitahu dia bekerja keras dan turut serta hampir sepenuhnya dalam proses menyiapkan lagu serta muzik video tersebut.

“Salah satu sebab juga saya berasa sebak apabila terkenang usaha keras dalam menyiapkan lagu serta muzik video lagu tersebut.

“Lagu ni juga sangat istimewa bagi saya sebab boleh dikatakan 95 peratus saya beri sumbangan dalam proses menghasilkan lagu serta muzik video tersebut.

“Malah proses penghasilannya sangat mencabar terutama dari segi kewangan memandangkan saya bergerak sendiri bersama pengurus sejak tahun 2008,” ujarnya.

Marsha Milan Londoh

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain

Gempar juruterbang kesan UFO bentuk cerut