suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mila Jirin sedih kerana uzur ketika menunaikan Umrah

Mila Jirin luah rasa sedih uzur ketika tunai Umrah.

PENYANYI Mila Jirin sedih apabila tidak dapat beribadah di Masjidil Haram pada hari akhir di Makkah kerana didatangi haid.

Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, 31, memuat naik video meluahkan rasa kecewa apabila tidak dapat memasuki masjid pada hari terakhirnya di Makkah kerana uzur.

"Hari ini hari terakhir saya di Makkah dan kami akan bergerak ke Madinah, saya rasa sedih dan bertambah sedih kerana hari ini saya tidak dapat masuk masjid kerana uzur.

"Semoga saya diberi kesempatan dan dijemput lagi ke sini," ujarnya sambil menitiskan air mata.

Mila berangkat menunaikan Umrah pada minggu lalu.

Mila berkata, peluang untuk menunaikan ibadah itu bukan disebabkan seseorang mempunyai duit atau tidak, sebaliknya diizinya olehNya.

"Saya tidak tahu sama ada diberi kesempatan untuk ke sini lagi atau tidak, ia mungkin yang terakhir kita tidak tahu.

"Ustaz ada beritahu saya, kita mampu datang ke sini bukan sebab kita banyak duit tapi sebab Allah jemput kita untuk datang.

"Insya-Allah semoga Allah jemput saya lagi ke sini," ujarnya.

Mila dan suaminya Ahmad Ailis Mohamed Mustapha serta anak mereka Arif Zikri, 2, berangkat menunaikan umrah pada Khamis lalu.

Mila Jirin

Artikel Lain