suria

Mahu hidup 55 tahun lagi bersama Che Ta, ini jawapan jujur Zain Saidin!

Zain beri bayangan hidup 55 tahun lagi bersama Che Ta. Foto Instagram @zainsaidin23

FOTO pasangan selebriti, Rozita Che Wan dan Zain Saidin meraikan ulang tahun kelima perkahwinan mereka menarik perhatian pengikut di laman Instagram.

Lebih mencuri tumpuan apabila Zain memuat naik kapsyen membayangkan perkahwinan mereka akan bertahan sehingga 55 tahun lagi.

"Selamat ulang tahun sayangku Rozita Che Wan, lima tahun yang indah dan 55 lagi untuk dilalui. I love you so much," tulisnya.

Che Ta dan Zain menyambut ulang tahun perkahwinan ke-5.

Gara-gara nombor 55 itu, ramai pengikut tertanya-tanya mengapa Zain memberikan bayangan angka tersebut.

Menurut pelakon drama Oh My English! ini, angka tersebut merujuk kepada 55 tahun lagi mereka akan berada di dunia.

"Pasal 55 tahun lagi kami pun dah 90 tahun, kubur pun dah memanggil," balasnya di komen penerbit syarikat Zeel Production yang mesra disapa Haji Zeel.

Kapsyen ditulis Zain dan Che Ta di Instagram mencuri perhatian netizen.

Menerusi akaun Instagram Rozita Che Wan pula, dia turut memuat naik beberapa keping foto istimewa bersempena ulang tahun perkahwinan mereka itu.

Rozita, 45, dan Zain, 34, mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana, yang kini berusia empat tahun.

Rozita turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Affendy, 22, dan Aniq Ezzra, 20, hasil perkahwinan pertamanya.

Rozita Che Wan, Zain Saidin

Artikel Lain