'OAG Forever' ditubuhkan selepas lebih 25 tahun dalam industri muzik - Hiburan | mStar

'OAG Forever' ditubuhkan selepas lebih 25 tahun dalam industri muzik

OAG tubuhkan kelab peminat sebagai tanda penghargaan buat semua yang menyokong mereka.

KUMPULAN OAG akhirnya menubuhkan kelab peminat iaitu OAG Forever selepas lebih 25 tahun mencipta nama dalam industri muzik tanah air.

Menurut pemain dram, Qi Razali atau nama sebenarnya Qushairi Mohammed Razali, 41, penubuhan kelab peminat itu sebagai tanda penghargaan buat peminat yang menyokong.

"Sebenarnya keinginan kami untuk mewujudkan kelab peminat sudah lama terpendam tapi baru sekarang dapat direalisasikan.

"Kelab peminat yang diberi nama OAG Forever ditubuhkan khusus untuk mereka yang menyokong perjalanan OAG, malah turut menawarkan pelbagai keistimewaan kepada ahli.

OAG tubuh kelab peminat selepas lebih 25 tahun.

"Mereka yang bertuah turut berpeluang menikmati showcase atau persembahan gig OAG secara percuma," kata Qi kepada mStar Online.

Qi ditemui ketika majlis pelancaran kelab peminat dan Cartel Night Live @ OAG BBQ Party di Cartel Coffee Shop, Bandar Baru Bangi baru-baru ini.

Selain Qi, kumpulan yang popular dengan lagu Generasiku ini turut dianggotai Radhi sebagai vokalis, Amal (pemain gitar) dan Yen (bes).

Dalam pada itu, Qi juga memberitahu kumpulannya akan kembali aktif dan bakal menampilkan album baharu selepas kali terakhir menerbitkan album mini, OrAng pada 10 tahun lalu.

OAG mengadakan showcase untuk kembali aktif pada tahun hadapan.

"Sememangnya perancangan kami untuk kembali aktif bermula dengan showcase dan tahun hadapan Insya-Allah Kami merancang untuk merakamkan dua album.

"OAG akan terlebih dahulu memperkenalkan album Melayu, Orang-Orang sebagai kesinambungan album mini, OrAnG, sebelum tampil dengan album Inggeris, Evol.

"Seperti album terdahulu, produksi terbaru ini masih mengekalkan identiti muzik yang sebati dengan OAG, namun memenuhi selera peminat semasa," ujarnya.

OAG

Lebih Artikel

Harga petrol, diesel naik!