suria

Raf Yaakob terkejut, bola tendangan Safawi Rasid sampai ke tangan

Raf Yaakon dan isteri menyokong Harimau Malaya. Foto Instagram @rafyaakob

SUAMI kepada pelakon Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob terkejut dan sama sekali tidak menyangka dapat menyambut tendangan bola daripada pemain kebangsaan Safawi Rasid.

Menurut Raf, 33, bola percuma itu ingin diberikan kepada penonton bertuah di stadium, namun tendangan penyerang Harimau Malaya itu tepat mengena dirinya.

"Pawi oh Pawi (Safawi), 90,000 orang dekat stadium tadi, macam mana bola yang awak sepak percuma untuk peminat boleh sampai kat tangan Raf.

"Suratan atau kebetulan? Rezeki baby Raden ni. Terima kasih Safawi Rasid. Gol terbaik tadi, kelas dunia, great comeback!

"Tahniah untuk kamu dan pasukan, see you soon, Pawi," tulisnya.

Raf dan isteri, Mawar Rashid bersama barisan selebriti yang hadir ke stadium menyokong Harimau Malaya.

Raf berkongsi momen indah itu di laman Instagram miliknya sejurus perlawanan akhir pusingan kedua Piala AFF 2018 Malaysia menentang Vietnam di Stadium Bukit Jalil, pada Selasa lalu.

Sementara itu, Raf atau nama sebenar Raden Ahmad Faizal Yaakob turut tidak menyangka isterinya, Mawar sempat merakam video penuh bermakna itu.

"Terima kasih Anje (Mawar Rashid) rakam detik bermakna ini. Saya masih tak sangka macam mana dia boleh tergerak hati nak rakam momen ni," katanya.

Pada perlawanan tersebut, skuad Malaysia berjaya mengikat Vietnam 2-2 menerusi jaringan Shahrul Saad dan Safawi Rashid.

Skuad Harimau Malaya bakal berdepan dengan Vietnam di Hanoi, Sabtu ini bagi penentuan menjulang trofi Piala AFF Suzuki 2018.

Kali terakhir Malaysia menjuarai kejohanan dwi tahunan ini pada 2010.

Raf Yaakob, Safawi Rasid

Artikel Lain