suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fiza Halim bengang harga nasi goreng 'cekik darah'

Fiza Abdul Halim

PELAKON Fiza Abdul Halim terkejut dikenakan bayaran yang agak mahal untuk dua bungkus nasi goreng Cina yang dibeli di sebuah restoran baru-baru ini.

Fiza berkata, pihak restoran mengenakan bayaran mahal dan tidak berpatutan dengan menu tersebut.

"Berbaloi ke dengan dua bungkus nasi goreng Cina kosong untuk anak-anak ini tiada sayur, tiada ayam, hanya nasi dan telur sahaja.

"Menu itu dikenakan RM23.60 terkejut beruk saya dengar bila sepupu saya bawa balik nasi dan bil ini," ujarnya.

Fiza turut meminta pengikut menilai sendiri harga nasi goreng tersebut.

Fiza berkata, pekerja restoran tersebut sepatutnya melihat dahulu makanan yang dibungkus itu sebelum menetapkan harga.

Katanya, sebagai pelanggan, dia berasa tidak adil dan berharap restoran berkenaan memantau cara kerja pekerja mereka.

"Nasi goreng bodoh macam ni jatuh sampai RM11 lebih. Tengok makanan dulu sebelum kira, gila apa hanya nasi dan telur harga sampai macam ni.

"Pada pihak yang berkenaan tolong pantau dan bagi saya ia tidak adil langsung," ujarnya.


Fiza Abdul Halim

Artikel Lain