Usia dah meningkat, Misha Omar tak suka tekanan

Misha bakal bersaing dengan lagu Sampai Bila di AJL33.

PENYANYI Misha Omar memberitahu dia tidak mahu menganggap pertandingan Anugerah Juara Lagu 33  (AJL33) yang bakal berlangsung pada Februari depan sebagai satu pertandingan besar buat dirinya.

Misha, 36, berkata, dia tidak mahu memberi tekanan kepada dirinya untuk terlalu berfikir tentang pesaing lain.

"Saya juga bimbang kerana lama tidak masuk pertandingan ini dan jantung saya dah lama tak terima cabaran dan berdegup laju.

"Tapi saya sedar pada usia yang semakin meningkat saya tidak suka berdepan dengan stres. Saya tidak mahu fikir tentang persaingan sangat.

"Saya mahu berseronok dan memikirkan perkara-perkara yang positif serta buat yang terbaik sahaja nanti," ujarnya kepada mStar Online.

Misha diminta mengulas tentang lagu Sampai Bila yang berjaya layak ke pertandingan Anugerah Juara Lagu 33  pada 3 Februari tahun depan.

Misha Omar bimbang lama tak beraksi di AJL33.

Sementara itu, ditanya tentang jangkaan lagu tersebut disebut-sebut memenangi pertandingan berprestij itu, Misha berkata, dia mengharap doa yang baik daripada peminat.

Katanya, kata-kata semangat yang positif membantu dia untuk melakukan persembahan yang baik dalam pertandingan itu nanti.

"Saya harap kata-kata yang baik-baik, saya tidak tertekan dengan harapan itu malah lebih bersemangat untuk memberikan yang terbaik," ujarnya.

Selain itu, menyentuh mengenai persiapannya, Misha yang pernah memenangi pertandingan itu menerusi lagu Bunga-Bunga Cinta berkata, dia meneruskan kelas vokal dalam tempoh dua bulan ini.

"Saya ambil kelas vokal dengan Datuk Syafinaz dan dalam tempoh dua bulan ini saya akan meneruskan kelas nyanyian itu untuk perbetulkan cara nyanyian.

"Menyanyi ni macam kita ke gim juga, perlu jadikan habit jika tidak mahu suara koyak," ujarnya.

Misha Omar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain