suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kena tengok isi hati dan ‘chemistry’ - Alvin Chong

Alvin Chong semakin mendapat tempat dalam industri hiburan tempatan.

PELAKON Alvin Chong tidak melihat rupa paras seseorang iaitu kacak atau pun cantik sebagai ukuran bagi individu mendapat pasangan.

Sebaliknya kata Alvin, penampilan bukan segala-galanya kerana jika ingin memulakan sesuatu hubungan ia perlulah berdasarkan isi hati dan kesesuaian di antara dua pihak.

"Penampilan bukan segalanya. Kena tengok isi hati dan chemistry.

Alvin menjawab soalan peminat. 

"Masa akan menentukan dan hati anda sendiri yang akan beri anda jawapan itu," katanya.

Alvin berkata demikian ketika menjawab soalan peminat di InstaStroy yang bertanyakan punca dia masih single walaupun mempunyai wajah yang kacak dan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: “Buat baik pun kena kecam” - Alvin Chong 


Alvin memberitahu Emma adalah rakan baiknya.

Dalam pada itu, Alvin menjelaskan buat masa ini dia masih solo dan tiada sesiapa yang istiemewa dalam hatinya selain ahli keluarganya.

Diusik dengan soalan mengenai Emma Maembong, Alvin memberitahu aktres itu adalah kawan baiknya dan ia tidak lebih daripada itu buat masa ini.

"Sekarang tiada kecuali ahli keluarga dan Emma BFF forever. Nothing more atm (at the moment)," tulisnya lagi.

Alvin Chong

Artikel Lain