suria

“Aku buat keputusan berdosa dan kejam” - Shakilla Koriri rasa bersalah kepada anak dikandung

Shakilla Koriri akui rasa bersalah terhadap bayi dalam kandungannya.

PELAKON Shakilla Koriri mendedahkan dia berada pada satu persimpangan apabila mengetahui dirinya hamil pada malam sebelum menyertai sebuah pertandingan badminton. 

Shakilla yang kini hamil empat bulan memberitahu dia berasa bersalah terhadap bayi dalam kandungannya apabila memilih untuk meneruskan pertandingan itu. 

Isteri kepada penyampai radio Suria FM, Fizi Ali ini juga mengakui merahsiakan kehamilannya daripada suami dan keluarga mereka. 

“Aku melului sesuatu yang maha hebat di mana aku terpaksa memilih dua perkara penting dalam hidup aku. 

“Pada malam pertandingan iaitu 13 Julai lalu aku nekad untuk buat ujian kehamilan. Allahuakbar dua line, dua jam kemudian aku buat lagi sekali. MasyaAllah aku hamil. 

“Aku tersepit dengan pertandingan badmintan yang lama aku tunggu dengan macam mana nak beritahu keluarga dan sudah tentu suami,” tulisnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Shakilla Koriri dah hamil, Fizi Ali bakal jadi bapa

ARTIKEL BERKAITAN: “Baby aktif macam mak dia, tak duduk diam” – Fizi Ali

Shakilla dedah perkara itu di Instagram pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Kaki terseliuh tak halang Faye Kusairi bergelar juara

Fizi dan Shakilla berkahwin pada 18 Februari lalu. Mereka mengikat tali pertunangan terlebih dahulu pada 16 Julai tahun lalu selepas empat tahun bercinta.

Dalam pada itu Shakilla berkata, dia memebuat keputusan untuk merahsiakan perkara itu berikutan bimbang tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan tersebut. 

Katanya, sepanjang pertandingan berlangsung timbul rasa bersalah apabila menyedari keputusan berkenaan memberi risiko terhadap kandungannya yang masih baharu. 

“Aku buat keputusan yang kejam pada diorang tapi aku kuatkan hati.  Mulut tak henti berdoa dan minta maaf pada budak kecik ni. 

“Aku rasa bersalah tapi aku teruskan. Bukan aku cabar kuasa Allah tapi aku tahu Dia memahami keadaan aku,” ujarnya. 

Bagaimanapun, Shakilla meluahkan rasa syukur apabila kandungannya selamat dan menjadi juara dalam pertandingan amal yang disertai bersama rakannya Faye Kusairi.

Shalika Koriri

Artikel Lain