Mas Khan akhirnya miliki Ducati berharga RM110,000 - Hiburan | mStar

Mas Khan akhirnya miliki Ducati berharga RM110,000

Impian Mas Khan untuk memiliki motosikal berkuasa tinggi Ducati Ducati Panigale 1199s Final Edition akhirnya tercapai. Foto Instagram @maskhan_

PELAKON Mas Khan memberitahu dia sanggup mengeluarkan wang sebanyak RM110,000 semata-mata untuk memiliki sebuah motosikal berkuasa tinggi jenama Ducati.

Mas berkata, Ducati jenis Panigale 1199s Final Edition itu adalah motosikal yang diminatinya dan menyifatkan ia sebagai impian menjadi kenyataan.

"Alhamdulillah akhirnya impian saya jadi kenyataan! Memang dah lama saya berhasrat nak memiliki Ducati Panigale 1199s Final Edition itu," katanya kepada mStar Online.

Mas mahu mengikut jejak langkah bapanya yang pernah mencipta rekod Malaysia Book of Records pada 2001.

Dalam pada itu, Mas berkata, sejak kecil lagi dia memang meminati sukan motosikal selepas hobi itu didedahkan sendiri oleh bapanya, Mas Fadzillah Khan yang juga memiliki kawasan reakrasi ATV Adventure Park Kuala Lumpur.

Di tempat itu juga kata Mas dia banyak berlatih menajamkan kebolehannya mengendalikan pelbagai jenis motosikal.

"Memang dari kecil saya belajar mengenai motosikal sebab mengikut ayah jejak langkah ayah yang juga gemarkan aktiviti lasak bermotosikal.

Mas meminati sukan bermotosikal sejak kecil. 

"Malah Ayah pernah mencipta rekod Malaysia Book of Records pada 2001 apabila beliau bediri di atas motosikal selama 11 jam tanpa henti," ujarnya.

Sementara itu, Mas berkata, selain Ducati, dia juga mempunyai beberapa jenis lagi motosikal di rumah termasuk Vespa Sprint dan Motocross Husqvarna TE250.

"Semua atas dasar minat dan saya beli motosikal pun bukan sebab nak berlumba di jalan raya tetapi belajar dalam litar lumba malah saya ada mendaftar kelas dengan pelatih profesional," katanya.

Mas Khan , Ducati

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain