suria

Tudung manik Nabila Razali ditegur peminat, mengaku jadi mangsa fesyen

Fesyen tudung manik Nabila curi tumpuan peminat. Foto Instagram @nabila.razali

PERKONGSIAN rakaman nyanyian Nabila Razali bersama kumpulan The Lomas yang dianggotai Amira Othman, Indah Ruhaila dan Aisyah Aziz mencuri tumpuan netizen.

Nabila memuat naik rakaman nyanyian bersama kumpulan tersebut ketika diundang membuat persembahan dalam program Meletop pada tahun 2014.

Menerusi kapsyen, penyanyi lagu Pematah Hati meminta pengikutnya memberikan komen mengenai tudung merah jambu yang digayakan olehnya ketika persembahan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebelum ni suka lelaki rambut panjang, kali ni Nabila Razali cari lelaki berparut pula

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali mohon maaf bertudung singkat

"Marilah kita bincangkan tentang tudung warna pink sis ni? Korang rindu The Lomas tak?," tulisnya di Instagram.

Bersama kapsyen tersebut turut disertakan tanda pagar, sis mangsa fesyen, sis baru balik kerja masa ni, yang penting sis confident.

Video tersebut menerima hampir 200,000 kali tontonan dan lebih 200 komen pengikut.

Rata-rata netizen tertarik dengan fesyen tudung yang digayakan penyanyi berusia 26 tahun ini.

"Memang tengah in ke fesyen tudung macam tu. I sumpah beli tudung style ni dulu warna merah jambu sebab you pakai.

"Meriahnya warna tudung tu, berapa upah jahit manik?

"Cantiknya semua, kembalikan The Lomas kami," komen pengikut.

Nabila Razali, The Lomas

Artikel Lain