Wartawan hiburan timba ilmu penulisan skrip - Hiburan | mStar

Wartawan hiburan timba ilmu penulisan skrip

Wartawan hiburan menuntut ilmu mengenai penulisan skrip.

SEPANG: Wartawan hiburan mempunyai kebolehan untuk menghasilkan skrip yang baik berdasarkan kepada kebolehan mereka dalam bidang penulisan.

Produser Datuk Yusof Haslam berkata, suatu ketika dahulu Aimi Jarr yang bekerja sebagai wartawan tetapi berkebolehan menghasilkan skrip kerana hubungan baiknya dengan P. Ramlee.

"Zaman dahulu Aimi Jarr juga membuat skrip selepas dia menimba ilmu dengan P. Ramlee dan wartawan hari ini juga boleh berbuat demikian," katanya.

Beliau berkata demikian pada Bengkel Seni Kreatif (Penulisan Skrip) 2018 anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di Movenpick Hotel Convention Centre, KLIA di sini pada Sabtu.

Bengkel selama dua hari itu bertujuan mendedahkan pengamal media terhadap kemahiran penulisan skrip.

Selain Yusof, antara ahli panel lain ialah penulis Siti Jasmina Ibrahim dan pelakon Yana Samsudin.

Yusof Haslam berkongsi mengenai penulisan skrip berkesan.

Yusof menambah, sesebuah skrip yang dihasilkan bergantung kepada bakat dan kreativiti seseorang yang mana ia merupakan satu anugerah.

Katanya, sesebuah karya yang gagal daripada segi kutipan tidak bermakna skrip dihasilkan tidak baik tetapi ia mungkin gagal mempengaruhi hati penonton.

"Ada skrip yang dihasilkan bagus namun tidak mendapat sambutan mungkin ia tidak dekat dengan hati penonton namun ia bukan karya yang gagal," katanya.

Dalam pada itu Presiden WHAM, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin pula berterima kasih kepada pihak Finas atas kerjasama dalam memberi peluang kepada wartawan hiburan memperoleh ilmu berkaitan penulisan kreatif.

Ini kerana pihak media memainkan peranan dalam melontarkan pandangan dalam tulisan masing-masing berkaitan sesebuah karya yang dihasilkan.

"Dengan adanya bengkel ini wartawan akan mendapat lebih pengetahuan bagi membolehkan mereka membuat kritikan dan ulasan sesebuah karya dengan lebih baik," ujarnya.

Selain itu tambah beliau, ia juga boleh dijadikan sumber pendapatan lain kerana wartawan yang terdedah kepada pelbagai situasi tentunya mempunyai banyak idea untuk berkarya.

WHAM , Finas

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain