"Kenapa Shukri tak tercalon, yang berlakon satu drama setahun menang?" - Syazwan Zulkifly - Hiburan | mStar

"Kenapa Shukri tak tercalon, yang berlakon satu drama setahun menang?" - Syazwan Zulkifly

Syazwan persoal kegagalan Shukri tercalon kategori popolar ABPBH 31.

BIARPUN sudah hampir seminggu berlalu, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 31)  masih lagi diperkatakan, kali ini pelakon Syazwan Zulkifly menerusi Twitter miliknya pula mempersoalkan kegagalan Shukri Yahaya tercalon dalam kategori pelakon popular ABPBH 31.

Menurutnya, aktor itu sudah membuktikan popularitinya menerusi drama-drama yang mendapat rating tinggi.

"Kenapa kawan saya @shukriyahaya tak tercalon langsung ye? Dengan rating-rating drama yang beliau dah buat pun, top 5 pun tak dapat? Yang berlakon satu drama setahun pula boleh menang? Ajaib.

"Takkanlah kawan yang berjuta-juta rating dramanya di televisyen takda langsung orang undi ye dok?" soalnya.

Kenyataan Syazwan di laman Twitter.

Pada malam kemuncak ABPBH31 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu pada 7 Oktober lalu mengangkat Wany Hasrita sebagai Bintang Paling Popular.

Selain itu, pasangan sensasi Fattah Amin dan Fazura memenangi kategori Pelakon TV Lelaki dan Wanita Popular.

Syazwan meluahkan pendapatnya di laman sosial miliknya.

Syazwan berkata, biarpun Shukri tidak kisah tentang perkara tersebut, namun dia sebagai pelakon yang masih aktif dalam industri menganggap ia sebagai sesuatu yang pelik.

Tambahnya, mekanisma yang digunakan bagi memilih pemenang berdasarkan populariti meragukan banyak pihak.

"Kunonya industri saya ni, boleh kamu terangkan populariti itu apa? terkenal ke? paling banyak tekan ke atau banyak beli. Kalau terkenal, tak payah kelab peminat pun boleh menang," ujarnya.

Syazwan Zulkifly , Shuki Yahaya

Artikel Sebelum

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain

Podolski intai peluang bersama JDT