suria

"Saya jadi saksi bukan penjenayah!" - Intan Najuwa jawab kecaman netizen

Intan tutup ruangan komen Instagram.

PELAKON Intan Najuwa menegur tindakan netizen yang menjatuhkan hukum tanpa mengetahui perkara sebenar apabila namanya tersenarai sebagai saksi yang dikehendaki polis bagi prosiding perbicaraan berkaitan kes dadah.

Pelakon yang dikenali menerusi drama Kekasih Paksa Rela ini berkata, tindakan netizen yang terus menerus menghina dirinya di laman sosial hanya akan mendatangkan fitnah semata-mata.

"Its okey kamu boleh terus bawangs. Kamu akan tahu kebenaran dan saya tidak kisah kerana saya percaya kepada kifarah. Apa yang kamu beri kamu akan dapat balasan,"

"Teruskan menghina dan caci tanpa mengetahui perkara sebenar. Memang hobi sebarkan fitnahkan?" tulisnya di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes itu dah 3 tahun, Intan Najuwa akan beri kerjasama kepada polis


Intan tegur tindakan netizen kecam dirinya.

Khamis lalu, The Star melaporkan tiga saksi termasuk seorang aktres dikehendaki pihak polis.

Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dalam kenyataan media memaklumkan ketiga-tiga mereka dikehendaki hadir ke Mahkamah Shah Alam pada 8 hingga 10 Oktober ini.

Bagaimanapun, dalam satu kenyataan kepada mStar Online Intan berkata, dia tidak terlibat dengan sebarang penyalahgunaan dadah seperti disangka, sebaliknya hanya diminta tampil sebagai saksi bagi membantu siasatan polis.

Intan popular dengan drama Kekasih Paksa Rela.

Kata Intan lagi, kes itu sebenarnya sudah lama berlaku iaitu kira-kira tiga tahun lalu namun perbicaraan masih lagi berjalan.

Dalam pada itu, Intan turut menutup ruangan komen di Instagram miliknya berikutan komen negatif netizen berhubung isu berkenaan.

Dia turut mengingatkan netizen agar membaca artikel berkaitan dirinya bagi mengetahui perkara sebenar yang berlaku.

"Saya hanya dipanggil jadi saksi adakah itu salah? Adakah jadi saksi dianggap penjenayah juga? Itu ke kefahaman korang tentang saksi?

"Tajuk memang gempak polis cari dia tapi apa? Baca keseluruhan artikel, lepas tu baru buat kesimpulan," ujarnya.

Intan Najuwa

Artikel Lain